Lengkap vaksin, kehadiran 50% kapasiti ruang. Semua majlis sosial dibenarkan di negeri Fasa 4
BERITA gembira buat semua! Kini majlis sosial dibenarkan di semua negeri Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menteri Pertahanan, Tan Sri Hishammuddin Hussein baru-baru ini menjawab pertanyaan salah seorang pengguna Twitter mengenai kebenaran melakukan majlis-majlis sosial di negeri Selangor menerusi akaun Twitternya.
"Boleh, jika ikut SOP yang telah dikeluarkan untuk negeri-negeri Fasa 4 seperti berikut," ciapnya menerusi akaun Twitter.
Menerusi perkongsian itu, turut disertakan senarai majlis sosial yang dibenarkan di Kuala Lumpur dan Selangor seperti dalam SOP negeri-negeri lain di Fasa 4.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Antaranya;
1. Kenduri kendara
2. Sambutan perayaan
3. Pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan serta resepsi
4. Aqiqah, doa selamat, tahlil
5. Sambutan ulang tahun, hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.
Namun, semua aktiviti itu dibenarkan hanya bagi individu yang lengkap menerima vaksin dengan 50 peratus kapasiti ruang dan penjarakan fizikal.
Dalam pada itu, bagi individu yang telah menerima vaksin lengkap juga dibenarkan membawa anak-anak berusia 18 tahun ke bawah ke majlis sosial terbabit dengan mematuhi protokol kesihatan umum.
Bagaimanapun, Hishammuddin berkata, larangan yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya untuk aktiviti perhimpunan, majlis sosial yang berkaitan dengan pilihan raya.
PPN merupakan strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik Covid-19. Pelan itu dirangka kerajaan dengan membuat pertimbangan sebaik mungkin bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah untuk melindungi nyawa dan memastikan kelangsungan hidup rakyat. Strategi PPN juga merangkumi empat fasa dan melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.
Sementara itu antara negeri yang telah memasuki Fasa 4 ketika ini adalah Pahang, Terengganu, WP Putrajaya, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.
Justeru, bagi korang yang berada di negeri Fasa 4 bolehlah melakukan aktiviti sosial yang telah dibenarkan.
Namun ingat! Covid-19 boleh membawa maut. Pastikan sentiasa memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal yang selamat. #staysafe #kitajagakita
LIHAT SINI untuk PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) – SOP FASA 4 . TARIKH KEMAS KINI: 24 OKTOBER 2021
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang