LIDAH boleh berasa lidas iaitu rasa pedih atau gatal pada lidah atau mulut semasa memakan nanas.
Itu benda biasa dan sering sangat berlaku kan?

Kata Pensyarah Kanan Kimia dan Penyelidik UiTM, ChM Dr Fatimah Salim, situasi itu adalah disebabkan oleh kandungan bahan kimia jenis bromelain.

“Sebenarnya, ia tergolong dalam enzim jenis proteolytic yang berupaya menguraikan protein,” jelas Dr Fatimah.

Untuk info, bromelain boleh menguraikan sedikit lapisan protein mukosa yang membentuk permukaan lidah atau bahagian mulut yang lain.

Atrikel berkaitan: Kena pandai pilih buah nanas, kalo tak nak menyesal

Keadaan itu akan menjadikan lidah menjadi sensitif kepada bahan kimia asid sitrik dan asid malik dalam jus nanas.

“Iritasi kedua asid pada permukaan lidah dan mulut yang terjejas adalah penyebab kepada rasa lidas,” terang Dr Fatimah lagi.

Jadi, bagaimana ingin mengurangkan kandungan bromelain itu?

Ini caranya:

Buang dengan teliti bahagian ‘mata’ nanas atau memerap seketika nanas dengan sedikit garam.

“Bromelain banyak terkandung dalam bahagian ‘mata’ nanas dan garam pula mampu merencatkan aktiviti enzim bromelain.

Iklan

“Enzim bromelain juga boleh dinyahasli dengan haba memasak,” katanya.

Oleh sebab itulah, memasak atau merebus nanas akan memastikan enzim punca lidas tidak lagi aktif. Namun begitu, pastinya rasa dan tekstur nanas pastinya akan berubah.

Iklan

Sebagai info tambahan, Dr Fatimah turut berkongsi satu ‘petua’ di Facebooknya:

Memerap daging lembu dengan hampas atau jus nanas juga boleh cepat melembutkan tekstur daging semasa dimasak.

Moga bermanfaat!