Macau scam masih berleluasa! 6 tip elak penipuan menerusi panggilan telefon

Macau scam
Macau scam
A
A
A

SEJAK kebelakangan ini, kerap kali kita mendengar laporan polis dibuat berkenaan penipuan dari panggilan telefon palsu.

Ramai mangsa penipuan tersebut terpedaya dengan taktik panggilan palsu yang menyamar sebagai pihak bank, polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Jenayah yang dikategorikan sebagai 'telecommunication fraud' (macau scam) biasanya dijalankan dengan empat jenis modus operandi iaitu tipu culik dan minta wang tebusan, cabutan bertuah, penyamaran sebagai pegawai polis atau agensi kerajaan dan penyamaran sebagai pegawai dari Bank Negara Malaysia atau bank-bank yang lain.

Kebanyakkan panggilan dibuat menggunakan kaedah spoofing. Spoofing bermaksud pemanggil menggunakan platform voice over internet protocol (VoIP) dalam membuat panggilan di mana mereka akan meletakkan sebarang nombor telefon.

Apabila panggilan dibuat, mangsa akan terpedaya dan menyangka panggilan itu daripada nombor berkenaan walhal ia hanyalah taktik si penipu.

Baca juga Didik anak sentuhan selamat, elak gangguan seksual kanak-kanak

Berikutan masih kurangnya pemahaman terhadap kes-kes penipuan yang dibuat melalui panggilan telefon, Consumer Forum Malaysia (CFM) telah berkongsi tip yang boleh digunakan untuk mengelak dari terjerumus dalam penipuan tersebut.

  1. Jangan jawab panggilan daripada nombor luar negara yang tidak dikenali kecuali ia dari senarai kenalan.
  2. Jangan berikan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, kata laluan perbankan dalam talian, nombor kad kredit, atau nombor TAC kepada orang yang tidak dikenali. Sekiranya pemanggil bertanyakan maklumat kad debit/kredit dan perbankan dalam talian, segera tamatkan perbualan.
  3. Apabila mendapat panggilan daripada bank atau pihak berkuasa tentang isu undang-undang, minta serta catat maklumat pemanggil dan katakan padanya yang kita sibuk untuk meneruskan panggilan. Tenang dan jangan panik, dapatkan nombor telefon bank atau pihak berkuasa melalui laman web rasmi mereka di internet dan buat panggilan untuk mengesahkan maklumat yang diperolehi tadi. Lebih elok sekiranya hadir sendiri ke pejabat mereka untuk mengesahkannya.Baca juga 10 tip latih anak naik van sekolah, ibu bapa perlu terlibat minggu pertama, lakukan perkara ini
  4. Jangan muat turun sebarang aplikasi atau tekan apa-apa pautan yang diberikan pemanggil kerana dikhuatiri ia mengandungi perisian hasad atau perisian intip yang mampu mencuri data peribadi.
  5. Hubungi syarikat telco apabila terlalu kerap menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.
  6. Pengguna boleh menggunakan aplikasi Truecaller untuk mengenalpasti atau menyekat nombor yang cuba menghubungi.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Sumber: CFM, wiser

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca