Mahu kenal pasti penyakit urinari si bulus, ini pendekatan mudah yang boleh dilakukan

A
A
A

KECANGGIHAN teknologi menyaksikan pengesanan awal penyakit urinari kencing dapat dilakukan dengan mudah menggunakan teknik hematuria detection.

Pengurus Komunikasi Saintifik Royal Canin, Dr Kavindaran Krisnasamy yang juga seorang doktor veterinar berkata, hematuria atau kencing berdarah adalah satu daripada petanda klinikal penyakit saluran kencing bahagian bawah kucing (FLUTD).

Dr Kavindaran Krisnasamy.

"Ia mungkin menunjukkan keadaan dalaman yang serius dan FLUTD biasanya berlaku dalam kalangan kucing dewasa berusia muda hingga pertengahan umur.

"Pada masa sama, masalah itu juga boleh dihidapi kucing tidak kira usia, jantina atau baka disebabkan pelbagai punca," beritahu beliau dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Ujar Dr Kavindaran lagi, kucing adalah haiwan yang pandai berahsia dan sering menyorok petanda penyakit atau kesakitan.

"Lazimnya pemilik hanya dapat mengetahui penyakit kucing pada tahap kritikal yang mungkin sudah terlambat atau sukar bagi kucing untuk menerima rawatan.

"Oleh itu, pengesanan awal dan diagnosis hematuria adalah penting bagi kesejahteraan kucing," ujarnya.

Dalam kebanyakan kes, ujar doktor haiwan itu, kewujudan darah di dalam air kencing tidak mudah dikesan dengan mata kasar.

"Secara tradisional, doktor veterinar mengesan FLUTD menerusi sampel air kencing (yang harus didapati ketika kucing sedang membuang air kecil) atau menerusi pemeriksaan fizikal.

"Proses-proses ini boleh memberi tekanan kepada pemilik dan kucing," ungkapnya lagi.

Justeru, Royal Canin Hematuria Detection adalah produk yang sangat mudah untuk digunakan tanpa menganggu rutin harian kucing atau menyebabkan si bulus tertekan.

Semua pemilik haiwan peliharaan boleh mengikuti tiga langkah mudah seperti di bawah:

i) Tabur.

  • Tabur secara rata butir-butir putih di atas pasir kucing dan tunggu sehingga kucing anda membuang air kecil.

ii) Periksa.

  • Selepas itu, periksa bekas pasir kucing tersebut. Jika butir-butir tadi berubah warna daripada putih kepada biru dalam beberapa saat, keadaan itu menunjukkan air kencing kucing mengandungi darah dan berkemungkinan kucing anda menghidapi FLUTD.

iii) Dapatkan nasihat.

  • Hubungi doktor veterinar jika butir-butir itu berwarna biru bagi mengesahkan keputusan dan menentukan langkah seterusnya.

Berikut beberapa butiran lengkap bagi produk Royal Canin Hematuria Detection:

1. Produk didatangkan dalam dua uncang seberat 20 gram untuk setiap satu.

2. Mengandungi butir-butir yang mudah untuk disimpan oleh pemilik haiwan peliharaan.

3. Dibangunkan dengan teknologi dari Blucare Lab (Pembangun ujian biomarker dari Kanada untuk kucing dan anjing).

4. Hematuria Detection diperbuat daripada formula yang selamat bagi memberikan ketenangan minda kepada pemilik haiwan peliharaan ketika menggunakan produk tersebut.

Produk berkenaan boleh didapati di klinik-klinik veterinar dan hanya melalui prekripsi oleh doktor veterinar.

Sementara itu, Royal Canin turut memperkenalkan FHN Sterilised yang secara khusus memenuhi keperluan kucing dimandulkan, termasuk membantu mengekalkan sistem urinari yang sihat.

"Selain mempunyai kandungan protein yang tinggi dan kaya dengan L-Carnitine, ia sangat membantu bagi memenuhi keperluan nutrisi kucing dewasa yang telah dimandulkan.

"Bagi memberi lebih pilihan dan memenuhi selera setiap kucing, Royal Canin telah memperkenalkan Royal Canin Sterilised Wet Pouch iaitu makanan basah untuk si bulus," tambahnya lagi.

Jadi, inilah masa terbaik untuk beri perhatian dan manja yang maksimum buat haiwan kesayangan anda.

Makanan kering dan makanan basah Royal Canin FHN Sterilised boleh diperoleh di semua kedai haiwan yang sah dan secara dalam talian rasmi di Royal Canin Malaysia diShopeedan Lazada.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://www.royalcanin.com/my atau aplikasi telefon Royal Canin Club https://www.royalcanin.com/my/royal-canin-club di Apple App Store dan Android Google Play.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca