MAIN o-som untuk simpan duit? Pelik je bunyinya, kan? Pernah dengar atau mungkin ada yang pernah cuba kaedah rare ini?

Sebenarnya, banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menyimpan duit. Salah satu yang unik adalah kaedah yang dikongsikan oleh saudara Hafizul Hakim

Baca ni ‘Meriahnya, hari jadi macam hari raya. Suka tengok.’ Surprise sempena hari lahir, reaksi Ustaz Azhar Idrus bikin ramai terhibur!

Menerusi laman Facebooknya sebelum ini, beliau berkongsi tip berkenaan yang katanya sesuai dilakukan bersama isteri.

Cara ini sesuai untuk suami isteri yang bekerja. Jom baca ni!
Tips simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:

1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.

2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.

3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.

Baca ni Siap surat beranak terus menabung, umur 10 tahun dapat panggilan, ibu kongsi cerita 3 anak tunai haji usia muda

Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.

Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.

3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.
Begitu, mudah je kan.

Baca juga Menabung syiling niat umrah, wanita berjaya simpan hampir RM20,000 dalam 3 tahun

Iklan

Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.

Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!
1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00
Best kan! Seronok menyimpan macam ni!

 

Baca lagi Kos sara hidup makin tinggi, ini luahan orang ramai tentang cara mereka berjimat

Iklan

Posting ini lebih afdal tag pasangan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang