BARU-baru ini anak kepada pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus memuat naik sepotong video yang memaparkan kejutan sempena hari jadi  ayahnya itu.

Dalam hantaran video tersebut, kelihatan pendakwah dari Terengganu itu baharu muncul di hadapan pintu rumah, lalu disambut dengan tembakan party pooper pop disusuli dengan nyanyian lagu selamat hari jadi kepada beliau.

Menariknya, majlis serba ringkas itu turut dihadiri oleh para isteri-isterinya, anak-anak dan cucu-cucunya.

Baca ni Sambut anak ke-12, gelagat Ustaz Azhar Idrus di hospital mencuit hati, netizen kata ‘kemah keming’!

Baca juga ‘Hadiah paling dahsyat, Kaabah depan mata.’ Norreen tunai umrah, anggap sambutan hari lahir paling bermakna

azhar

Biarpun nampak serba ringkas tanpa majlis yang gah, namun suasana cukup meriah dan bahagia.

Malah, warga maya yang menonton video berkenaan melahirkan rasa kagum dan memuji keakraban ahli keluarga Ustaz Azhar walaupun berlainan ibu namun tetap rapat dan mesra.

Bahkan, kemeriahan majlis hari jadi tersebut seolah-olah mereka sedang menyambut hari raya. Ditambah pula gelagat Ustaz Azhar yang tampak terkejut dengan surprise oleh anak-anaknya itu.

Baca juga Seronok anak ramai tapi biarlah jarak 2 tahun, fikir 6 perkara penting ini sebelum hamil lagi

Baca juga ‘Masa salam tu comelnya, siap tunduk.’ Gelagat anak Ardell Aryana teruja ke sekolah curi tumpuan, siap berjubah & tudung!

azhar 1

Berikut SinarPlus kongsikan beberapa komen daripada warga netizen yang menonton video berkenaan:

‘Sanah helwah UAI. Comel ustaz kejut haha. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan.’

‘Sanah helwah UAI semoga umur diberkati oleh Allah,diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki yang banyak dan dipermudahkn urusan oleh ALLAH.’

Baca juga ‘Menu simple, nasi tetap makan.’ Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

Iklan

Baca lagi ‘Bijaknya Yeop!’ Anak baca al-Fatihah untuk tenangkan diri, hilangkan gementar, warganet puji cara didikan Lisa & Yusri

azhar 2

‘Sanah Helwah @uaioriginal. Barakallahu fii umrik. Meriahnya. Alhamdulillah.’

‘berapa ibu ni ustaz.Ramainya anak-anak bahagia hidup ustaz.’

‘Aku yang tersengih-sengih. Suka tengok happy famliy.Meriah ramai ahli.’

Iklan

‘Untung besar yang jadi anak,cucu,isteri & ahli keluarga UAI ni. Hari-hari boleh menuntut ilmu. Semoga panjang umur ustaz kesayangan Malaysia.’

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang