Pendapatan isi rumah bawah RM3,500, terjejas akibat Covid-19 boleh mohon bantuan Zero Hunger

Untitled design - 2020-08-12T121343.844
Untitled design - 2020-08-12T121343.844
A
A
A

MASIH ramai yang prihatin dengan nasib golongan terjejas dek Covid-19. Bayangkanlah keadaan mereka yang diberhentikan pekerjaan dan pekerja terpaksa diberi cuti tanpa gaji.

Kenangkan juga bagaimana peritnya keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM3,500 ataupun golongan yang tidak dapat berniaga akibat dari perintah kawalan pergerakan hingga tak dapat menjana pendapatan.

Justeru, jika anda mengenali golongan di atas dan seumpamanya atau barangkali diri sendiri diuji dengan cabaran tersebut, ini maklumat yang harus diambil tahu:

Malakat Mall bersama Yayasan Brainy Bunch misalnya melancarkan Program Zero Hunger kepada keluarga B40 yang tidak mempunyai dana untuk membeli makanan semasa tempoh kawalan terhad pergerakkan.

Jika anda memerlukan bantuan pembekalan makanan dan tinggal di kawasan terbabit, sila mohon dengan segera.

Zero Hunger merupakan satu unit utama di Yayasan Brainy Bunch yang membawa misi menyediakan makanan kepada keluarga yang memerlukan dan tidak berkemampuan.

Dalam perkongsian di laman webnya, pihak ini dikhabarkan akan menyediakan 1,000 bakul berisi makanan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu. Ia untuk diagihkan kepada keluarga golongan B40 yang layak bagi membantu meringankan beban mereka.

Nasi bungkus siap masak untuk mereka yang tidak mempunyai makanan langsung juga akan diberikan.

Artikel berkaitan: Gabungan NGO Malaysia bentuk ‘Aid4Lebanon’, lancar misi bantuan

Kaedah agihan ialah dengan mengenal pasti beberapa lokasi strategik untuk golongan sasaran bagi memudahkan mereka akses kepada bantuan tersebut.

Syarat-Syarat Pemohon:

1) Pendapatan Isi Rumah

Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan dan bekalan makanan yang tidak mencukupi

2) Tanggungan Isi Rumah

Mempunyai bilangan tanggungan isi rumah yang tinggi

3) Pekerja Yang Bercuti Tanpa Gaji

Pekerja-pekerja yang mendapat notis bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh Covid-19

4) Hilang Punca Pendapatan Keluarga

Masalah-masalah lain yang menyebabkan hilang punca pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan

5) Peniaga Pasar Malam

Peniaga pasar malam yang tidak dapat berniaga dan menjana pendapatan kerana perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan

6) Ibu Tunggal

Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan isi rumah yang banyak.

Mohon secara online di

- https://sadaqahmarket.com/borang-permohonan-bantuan-bekalan-makanan-untuk-b40/

Kalau kita tak dapat bantu dengan menyumbang wang ringgit, sekurangnya-kuranya bantu kongsikan informasi ini bagi mereka yang memerlukan.

Semoga bermanfaat! -AG #janganputusasamalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca