BERITA baik buat orang ramai! Jika sebelum ini kit ujian kendiri Covid-19 di pasaran berharga RM6.90 dan RM6.60, kini korang boleh dapatkannya dengan harga lagi murah.

Umum maklum kit ujian kendiri merupakan ujian pengesanan Covid-19 yang boleh dilakukan sendiri di rumah dengan langkah mudah menggunakan sampel saliva atau air liur dan calitan hidung.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kini penjualan kit tersebut boleh didapati pada harga serendah RM4.90 seunit. Alhamdulillah sangat mampu milik!

Cara penggunaan kit ujian kendiri Covid-19 dengan betul;

Sebelum memulakan prosedur:

  • Membaca arahan penggunaan kit dengan teliti.
  • Memeriksa dan memastikan kit lengkap, tidak melepasi tarikh luput dan tidak rosak.
  • Mencuci tangan sebelum memulakan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi silang.
  • Memastikan tempat melakukan prosedur ini kering, bersih dan mempunyai pengudaraan yang baik.
  • Memastikan tiada orang berhampiran bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.
  • Sekiranya prosedur ini perlu dibantu oleh orang lain, pembantu perlu memakai sekurang-kurangnya pelitup muka dan sarung tangan bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.
  • Prosedur tidak dilakukan di tempat awam dan tidak berada berdekatan dengan orang lain bagi mengelakkan risiko jangkitan dan kontaminasi silang.

Baca juga Naik harga mulai 1 Disember, ini senarai harga baru produk Gardenia

Prosedur ujian:

  1. Mengambil sampel (air liur, nasal swab dan lain-lain) secara kendiri seperti yang dinyatakan pada arahan kit (instruction kit).
  2. Melakukan ujian menggunakan Kit Ujian Kendiri Covid-19 dengan cermat mengikut arahan kit.
  3. Membaca keputusan pengujian dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan pada arahan kit bagi mengelakkan keputusan yang tidak tepat.

kit ujian Covid-19

Selepas melakukan prosedur:

  • Memastikan semua alatan kit dimasukkan ke dalam plastik dan ikat dengan sempurna.
  • Melupuskan plastik yang mengandungi kit ini ke dalam tong sampah.
  • Menjalankan disinfeksi kawasan prosedur dengan larutan disinfeksi yang bersesuaian selepas prosedur pengujian.
  • Mencuci tangan menggunakan sabun dan air selepas selesai menjalankan prosedur bagi mengelakkan kontaminasi silang.

Pelaporan keputusan

Semua keputusan ujian sama ada positif, negatif atau invalid perlu dilaporkan secara self-reporting ke dalam aplikasi MySejahtera.

Pengguna bertanggungjawab melaporkan keputusan sebenar dan tidak melakukan pemalsuan keputusan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain.

Sekiranya keputusan ujian positif:

  • Keputusan positif wajib dilaporkan ke dalam MySejahtera (tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]).
  • Individu diminta untuk pergi sendiri ke fasiliti kesihatan swasta, Covid-19 Assesment Centre (CAC) atau klinik kesihatan berhampiran bagi penilaian kesihatan dan tindakan seterusnya.
  • Individu ini wajib memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah dan elakkan dari menaiki kenderaan awam.

Sekiranya keputusan ujian negatif:

Iklan
  • Sekiranya bergejala, sila ke fasiliti kesihatan swasta atau kinik kesihatan untuk penilaian kesihatan.
  • Sekiranya individu berkenaan kontak kepada kes Covid-19, individu itu perlu terus menjalani kuarantin wajib sehingga tamat tempoh kuarantin.
  • Sekiranya keputusan ujian invalid, ujian perlu diulang.

Sementara itu, Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, harga kit ujian pantas (RTK) antigen Covid-19 yang menggunakan sampel air liur kini boleh dibeli di pasaran serendah RM4.90 tanpa menjejaskan kualiti alat tersebut.

Ujar beliau, melihat pada penularan Covid-19 yang masih tinggi dalam negara, peranti itu kini menjadi sebahagian daripada keperluan setiap isi rumah.

Baca juga Harga sayur naik hingga 200%, rupanya ini 8 punca kenaikan

Katanya, dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi, pekerjaan, sekolah dan institusi pengajian, semestinya keperluan untuk membuat ujian kendiri tersebut menjadi lebih mendesak dan perlu dilakukan dengan kerap.

Iklan

Mampu milik, kit ujian Covid-19 kini boleh dibeli serendah RM4.90! Berikut cara guna yang betul

Ujarnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa mendengar keluhan rakyat yang terkesan dengan penjualan set ini yang dijual pada harga tinggi, sebelum ini.

Malah, melalui perbincangan berterusan yang diadakan bersama KPDNHEP dan Kementerian Kesihatan (KKM), pihaknya bersetuju harga kit berkenaan perlu diturunkan lagi, tanpa berkompromi dengan kualiti kit ujian ini.

“Semestinya saya mahu kit ini dapat dibeli dengan harga mampu milik agar semua rakyat dapat melakukan sendiri ujian secara kerap,” coretnya di Facebook.

Baca juga Orang Ramai Lega Kit Ujian Kendiri Covid-19 Kini Serendah RM6.60

Dalam pada itu, beliau memuji inisiatif kedai serbaneka 99 Speedmart yang sudah mula menjual peranti tersebut dengan harga serendah RM4.90 seunit dan berharap agar lebih banyak premis akan mengambil langkah yang sama dalam waktu terdekat.

Alhamdulillah! Sangat membantu di kala waktu sukar ini. Lakukan ujian segera jika korang bergejala ya!