Orang ramai lega kit ujian kendiri Covid-19 kini serendah RM6.60

A
A
A

BERITA baik buat orang ramai! Kit ujian kendiri Covid-19 kini telah diumumkan diturunkan harga di bawah RM10.

Umum maklum kit ujian kendiri merupakan ujian pengesanan Covid-19 yang boleh dilakukan sendiri di rumah dengan langkah mudah menggunakan sampel saliva atau air liur dan calitan hidung.

Kini penjualan kit tersebut boleh didapati pada harga serendah RM6.60 seunit. Alhamdulillah sangat mampu milik!

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penjualan kit berkenaan akan diperluaskan ke lebih banyak premis dan boleh didapati di pasar raya, kedai serbaneka dan stesen minyak.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ujarnya, pastinya itu menjadi berita baik bagi pengguna memandangkan keadaan semasa dan keperluan untuk ujian kendiri dijalankan.

Dalam pada itu, kata Nanta, walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dimaklumkan harga kit ini ditawarkan pada RM6.90 seunit, terdapat premis seperti KK Supermarket yang menjualnya pada harga lebih rendah iaitu RM6.60 seunit.

Sebelum ini, kit ujian kendiri Covid-19 yang menerima kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dijual di klinik dan premis farmasi yang terpilih.

Kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi kit berkenaan pada harga RM19.90 dan harga borong RM16 seunit, berkuat kuasa 5 September lepas.

Orang ramai lega kit ujian kendiri Covid-19 kini serendah RM6.60

Nanta berkata, keputusan kerajaan untuk memperluaskan penjualan kit ujian kendiri Covid-19 akan memberi manfaat seperti penurunan harga, meningkatkan daya saing dalam sektor peruncitan dan ketersediaan bekalan.

Ujar beliau lanjut, setakat 28 Oktober, sejumlah 2,570 premis perniagaan di seluruh negara telah diberi kelulusan untuk menjual kit itu dengan 494 daripadanya adalah di bawah pengurusan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd.

Sementara itu, hasil tinjauan di laman sosial, pengumuman berkenaan ternyata memberi kelegaan kepada orang ramai.

Harganya yang sangat berpatutan sangat memberi manfaat buat keluarga yang mempunyai ramai anak.

Ujar mereka;

"Alhamdulillah dah murah. Senang nak beli dan buat test, sebabnya kerja kami ni kena buat selalu sebab nak masuk jabatan-jabatan yang mewajibkan test dilaksanakan."

"Dulu mahal sebab permintaan banyak tapi pengeluaran sikit. Bila permintaan banyak dan pengeluaran banyak, kos pengeluaran dah berkurang."

Baca juga Pewarna merah dalam makanan, bahan kosmetik berpunca daripada serangga cochineal? Ini penjelasannya

"Ini bagus. Tapi kena pastikan jugak yang diorang jual yang ori, kot tak lama wujud pulakla test kit yang palsu."

"Farmasi masih ada jual RM19 danRM15... naya dekat orang anak ramai nak beli termasuk diri aku."

"Pemantauan kerap serta tegas harus dilakukan agar tiada produk tiruan mengambil kesempatan."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca