MANDI air laut bagus untuk kesihatan terutamanya pada kanak-kanak. Ia bagus untuk paru-paru, kulit dan emosi anak.

Seperti saranan Dr Mazliana Mazlan, ibu bapa boleh cuba membawa anak mandi laut sebulan sekali.

Ujarnya selain menyeronokkan, ia juga boleh meredakan tekanan perasaan kita.

“Cuba try bawa anak pergi mandi laut sebulan sekali. Mesti diorang sangat seronok.

“Mandi laut ni, bukan je buat anak-anak happy, kita suami isteri pun akan kurang bebanan hati. Hilang habis tekanan perasaan, walaupun sekejap,” ujarnya.

Ada 3 kebaikan air laut buat anak-anak;

1. Untuk paru-paru

Udara laut bantu perbaiki fungsi paru-paru, nipiskan kahak dan kurangkan batuk anak.

Udara laut ada garam, iodine dan magnesium, bantu kuatkan imuniti anak.

Bebas dari asap toksik kereta dan persekitaran.

Baca juga Botol yang terkandung mesej ditemui selepas 25 tahun dicampakkan ke laut. Ini yang berlaku

Kredit foto: Freepik

 

2. Untuk kulit

Air garam, sangat bagus untuk kulit jika kita konsisten amalkan dengan sederhana, tidak berlebihan.

Detox kulit, sembuh luka dan kurangkan bengkak.

Bila berendam dalam air laut tinggi magnesium, bagus untuk hidrasi kulit, sekali pakej vitamin D dari matahari.

Baca juga Si kecil takut mandi laut, kolam? Ini cara atasi fobia air ibu boleh cuba

Iklan
Kredit foto: Freepik

3. Untuk emosi

Teramat tenang, walau hanya melihat dan mendengar deruan ombak kan. Anak akan ralit.

Sangat bagus untuk mood dan emosi anak, dan kita sekali ibu ayah.

Lepas ni cubalah cari mana-mana pantai, staycation setiap dua hingga tiga bulan atau pergi balik jer pun boleh.

Percuma, tak perlu bayar pun nak main pantai dan mandi laut kan.

Iklan

Ajar anak kita bermain dan suka dengan alam. Sekali kita selitkan tentang kebesaran ALLAH yang cipta alam indah ini.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!