MARJERIN dan mentega (butter) adalah dua bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan.

Tidak kiralah sama ada untuk menyediakan kek, biskut mahupun lauk pauk, kedua-duanya mempunyai peranan penting dalam menyedapkan sesuatu makanan.

Biasanya marjerin juga digunakan oleh ibu-ibu sebagai santapan bersama roti untuk anak-anak khususnya bekal ke sekolah.

Pun begitu, ibu-bu perlu tahu bahawa sebenarnya marjerin adalah sangat tidak sesuai untuk anak-anak!

Menurut Dr Mazliana Mazlan, merjerin tidak sesuai kepada golongan tersebut kerana ia mengandungi banyak bahan tambahan.

Baca juga Urut badan bukan hanya orang dewasa, anak kecil pun sama, ibu wajib tahu 5 manfaat ini

Roti bakar telur goyang mudah pelengkap sarapan

“Marjerin sangat tak sesuai untuk anak-anak. Elakkan beli dan simpan marjerin di rumah kalau ada anak kecil. Marjerin tinggi transfat. Ada tambahan perasa dan pewarna tiruan.

“Ada banyak sangat bahan tambahan dalam satu bekas marjerin. Dulu saya suka betul sapu marjerin atas roti, kemudian bakar. Sedappp!

“Marjerin sebenarnya makanan tinggi proses, ultra processed food, yang tak boleh kita kenalkan pada anak-anak. Nak naikkan berat badan anak, cari butter dan bukan marjerin. Sapu marjerin atas roti tabur gula pun selalu jugak,” ujarnya.

Ujarnya lagi, seeloknya ibu boleh menggunakan butter untuk menggantikan marjerin.

“Butter yang sebenar, paling banyak pun, hanya ada empat bahan je. Tak ada bahan tambahan yang pelik.

“Butter sebenar, tinggi dengan lemak baik. Boleh tambah berat badan anak, baik jugak untuk otak anak. Pilihan tu, sentiasa ada kan. Cuma kita perlu sedikit usaha untuk belajar memilih.

Iklan

“Kita cuba sama-sama ya, sediakan pilihan yang lebih baik buat anak-anak dan keluarga,” ujarnya.

Sementara itu, ini adalah perbezaan antara marjerin dan butter;

1. Marjerin

  • Diperbuat daripada kombinasi lemak haiwan dan lemak sayuran.
  • Marjerin mempunyai warna yang lebih kuning berbanding mentega.
  • Boleh dibiarkan agak lama pada suhu bilik tanpa merubah teksturnya.
  • Mengandungi kurang vitamin berbanding mentega.
  • Marjerin boleh disimpan diluar tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  • Sesuai digabungkan bersama mentega untuk menghasilkan nasi tumis yang enak, membuat biskut, kek-kek tradisional, kuih muih dan lain-lain.

Baca juga Hati-hati wanita! Gula-gula gelatin khinzir lengkap logo halal di pasaran, berikut 5 info daripada JAKIM

Iklan

2. Mentega (butter)

  • Diperbuat daripada lemak haiwan iaitu lemak susu.
  • Berwarna lebih pucat berbanding marjerin.
  • Dari segi tekstur, mentega lebih mudah lembut dan cair pada suhu bilik.
  • Mempunyai kandungan vitamin yang lebih tinggi seperti Vitamin A, E, K yang tidak larut dalam air.
  • Cara penyimpanannya adalah perlu disimpan di dalam peti sejuk.
  • Sesuai digunakan untuk memasak makanan barat, menumis sup pekat, membuat kek, pastri dan sebagainya.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.