MENAHAN perasaan hingga menggeletar, demikian luah pendakwah, Ustazah Asma’ Harun apabila mendengar dialog teaser sebuah drama sedang ditayangkan di sebuah stesen televisyen.

“Hei perempuan, kau dengar apa aku cakap, depan makam Rasullullah ini aku cakap depan muka kau, kalau Rayan benci aku, aku akan pastikan dekat Tanah Haram ini kau mampus.”

Demikian antara dialog yang dilontarkan pelakon berkenaan dalam drama yang baharu sahaja ditayangkan.

Teaser yang dikongsikan di laman sosial itu mendapat kritikan dan pelbagai pihak.

Lazimnya kita mendengar perlunya menjaga lidah, akhlak dan tingkah laku yang baik sesama manusia di Tanah Suci. Namun dalam drama berkenaan, seorang pelakon wanita melakonkan watak sebagai seorang menantu dan menuturkan skrip dengan kata-kata keji terhadap ibu mentunya.

Ustazah Asma’ menerusi laman sosial TikTok meluahkan rasa kecewa dan merasakan dialog digunakan seperti tidak menghormati Tanah Suci.

Pendakwah berkenaan terkilan dengan dialog menerusi klip-klip babak yang dipertontonkan kepada umum.

Baca juga: Solat laju, tamakninah ‘ke laut’ seolah mencuri, Ustazah Asma’ Harun senaraikan 6 rahsia sembahyang khusyuk

“Lakonan tersebut dibuat di sebuah hotel di Tanah Suci yang nampak latar belakang Masjid Nabawi. Saya terkejut macam mana boleh terfikir nak buat skrip macam ini, menggunakan makam Nabi.

“Walaupun dia tak bersumpah, tidak wajar perkataan itu dijadikan sebagai dialog. Sedangkan kita diajar jaga lidah, jaga akhlak dan perbuatan ketika di Tanah Suci,” katanya.

Dalam masa yang sama, Ustazah Asma’ turut mempersoalkan etika pelakon Islam terutamanya apabila memilih untuk meneruskan dialog seperti di atas sedangkan secara jelas ia merendahkan martabat agama suci Islam sendiri.

“Mana etika ketika melakonkan babak di Tanah Suci dan tak berasa bersalah ke masa nak merakamkan babak ni?

“Tempat yang paling suci dan indah seluruh umat manusia yang dambakan pergi, kenapa nak masukkan dialog seperti ini.

“Sedangkan nak berkata-kata perkara baik pun kita tak mampu nak cakap depan Makam Rasulullah,” tegurnya.

Baca juga: [SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL] Begitu mulianya akhlak Nabi Muhammad SAW yang perlu kita tahu…

Iklan

Tambah Ustazah Asma’, sekiranya lokasi tersebut tidak dilakukan di Tanah Suci, dialog tersebut masih tidak wajar dituturkan.

Beliau pada masa sama tampil menegur pihak produksi agar meneliti dahulu drama dan menapis tersebut sebelum dipertontonkan supaya sensitiviti umat Islam dapat dijaga.

“Ini peringatan kepada semua penulis skrip, artis, karyawan, orang dalam bidang sen, tolonglah berhati-hati kerana anda diperhati. Ramai umat Islam yang sangat sensitif apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, apatah lagi yang berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW, makam baginda dan tanah suci.

“Tolong jangan buat lagi perkara ini dan perlu ada permohonan maaf kepada yang terlibat kepada umat Islam di atas ketelanjuran dan kesilapan dialog berkenaan.

“Jika anda merasakan apa yang Ustazah katakan ini kecil dan remeh, maka ini adalah punca kerosakan yang lebih besar, nama Nabi dan makam suci diperolok-olokkan sehingga manusia tidak berasa sensitif lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ berharap perkara berkenaan tidak menjadi normalisasi.

Iklan

Baca juga: ‘Ustazah datang ni.’ Umur 9 tahun hilang nikmat penglihatan, mata tersembul, Sofia hidap kanser saraf runtun hati Ustazah Asma’

Sumber: TikTok Ustazah Asma’ Harun

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!