BARU-baru ini hujan lebat berterusan yang melanda negeri Pantai Barat yang mengakibatkan banjir adalah disebabkan sistem lekukan tropika (tropical depression) yang menuju ke Semenanjung Malaysia.

Justeru bagi korang yang berada di utara tanah air, jangan abaikan amaran awal yang meramalkan lekukan tropika yang menghampiri utara Semenanjung Malaysia.

Ambil langkah proaktif dan membuat persediaan dari awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Baca juga: 1 Rumah 1 Beg Kecemasan, Siap Siaga Hadapi Bencana Alam, 11 Item Ini Perlu Ada

Baca juga: Sri Muda ‘Trending’ Di Twitter, Keadaan Mangsa Terkandas, Proses Menyelamat Runtun Hati Rakyat Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan terbaru memberi ramalan cuaca hujan berterusan dan angin kencang yang boleh mengakibatkan banjir di empat buah negeri di utara.

Berikut empat fakta penting mengenainya;

Iklan

1- MET Malaysia pada Selasa mengeluarkan amaran hujan berwaspada susulan lekukan tropika yang dikesan menghampiri utara Semenanjung.

2-Lekukan tropika dicerap di perairan utara Sumatera sedang bergerak ke timur menghampiri utara Semenanjung.

3-Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.

4- Amaran yang berkuat kuasa 21 Disember 2021 melibatkan empat negeri iaitu;

• Perlis
• Kedah
• Pulau Pinang
• Perak (Kerian dan Larut, Matang dan Selama)

Diharapkan amaran awal ini diambil cakna. Bagi korang yang berada di empat negeri di utara lakukan persiapan awal untuk menghadapi segala kemungkinan.

Iklan

Baca juga: Banjir, Air Deras Jangan Sesekali Redah, 10 Perkara Ini Penting Elak Kereta Hanyut Dibawa Arus

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: MET Malaysia