LEBUHRAYA Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) baharu sahaja dilancarkan pada 16 September lalu. Menariknya,ia mencatat dua Malaysia Book of Records di samping menawarkan tol percuma selama sebulan sehingga 16 Oktober 2022.

Lebuhraya memberikan pelbagai manfaat kepada pengguna jalan raya termasuk SUKE ini. Selain menjadi laluan alternatif, ia juga mengurangkan kesesakan dan menjimatkan masa.

Baca juga: 10 fakta aluan panas Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang

Sebagai pengguna jalan raya, wanita juga perlu mengambil tahu mengenai lebuhraya ini. Berikut 10 fakta berkaitan SUKE:

1-SUKE berpotensi menjadi laluan alternatif utama di beberapa lokasi strategik seperti MRR2, Jalan Ampang dan Jalan Loke Yew.

2-Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata lebuh raya itu mampu mengurangkan kesesakan trafik di lokasi terbabit sehingga 36 peratus pada waktu puncak dan menjimatkan masa perjalanan kepada 25 minit berbanding 75 minit di laluan sedia ada.

3- Lebuhraya itu berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records iaitu tanjakan ikonik helikodial pertama di negara ini dengan lingkaran dua tingkat dan Jejambat Galang Kekotak Bersegmen (SBG) tertinggi berukuran 56.4 meter dari paras tanah.

Baca juga: Kereta boleh terbakar selepas kemalangan, 5 perkara ini jadi punca

Kredit foto: Bernama

4- Sebanyak 248 kontraktor dan 10 perunding utama terlibat dalam pembinaan projek lebuhraya berkenaan.

5-Difahamkan pembinaan jajaran sepanjang 7.8 kilometer membabitkan Plaza Tol Alam Damai dan tiga lagi persimpangan yang masih berjalan dijangka selesai pada suku pertama tahun 2023 dan konsensi Lebuhraya SUKE yang bermula pada 25 Disember 2014 akan berakhir pada 24 Disember 2069.

Baca juga: Terowong Menora: 10 kes kemalangan ngeri yang berlaku di laluan panas

Kredit foto: Bernama

6-Lebuhraya SUKE menghubungkan beberapa rangkaian lebuh raya di Lembah Klang seperti berikut:

  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (KL-Seremban)
  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  • Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE)
  • MRR2
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
  • Lebuhraya Timur Lembah Klang (EKVE) yang masih dalam pembinaan pada masa akan datang.

7-Bagi anda yang ingin menerokai pemandangan lebuhraya baharu ini, diingatkan agar tidak berhenti di bahu jalan tanpa sebarang alasan kecemasan demi keselamatan diri sendiri dan pengguna lebuh raya lain.

8- Beberapa lokasi panas dikenal pasti dan kon keselamatan telah ditempatkan untuk membendung pengguna daripada berhenti tanpa alasan kecemasan. Malah Unit Polis Bantuan PROLINTAS atau “peronda SUKE” yang bertugas 24 jam juga melakukan rondaan dengan lebih kerap dan ditempatkan di lokasi-lokasi panas.

Iklan

9- Setiap satu kilometer Lebuhraya SUKE dilengkapi 40 unit kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sepanjang jajaran di kedua-dua hala.

10-Kawasan Rehat dan Rawat (RSA) yang akan dibangunkan berdekatan Persimpangan Tasik Tambahan membolehkan pengguna menikmati permandangan panorama Kuala Lumpur dengan selesa dan selamat pada masa akan datang.

Baca juga: 6 tip penunggang motosikal semasa hujan elak kemalangan

Penunggang motosikal cedera selepas melanggar sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan bagi mengambil gambar pemandangan dari atas lebuhraya.

Kredit foto: Bernama

Baru-baru ini, lebuh raya itu merekodkan kemalangan pertamanya pada Ahad, melibatkan penunggang motosikal dan sebuah kereta yang pemandunya berhenti di lorong kecemasan untuk merakam gambar persekitaran yang indah.

Iklan

Baca juga: Kemalangan maut 9 beranak: Suami diserap kakitangan tetap, anak tidak terlibat nahas ditaja pendidikan

Sumber: Bernama 1, 2

Kredit foto utama: Bernama 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan