Minyak zaitun terbaik! Ini makanan tambahan sihat ibu hamil
KEHAMILAN adalah fasa yang indah dan dinantikan oleh wanita bagi melengkapkan institusi kekeluargaan.
Justeru penjagaan sepanjang kehamilan amat penting bagi memastikan sepanjang fasa itu, ibu dan bayi sentiasa sihat dan tiada sebarang komplikasi sehingga saat kelahiran.
Penjagaan ketika kehamilan pada trimester pertama perlu diuruskan dengan baik untuk mengelakkan sebarang kemungkinan risiko keguguran.
Wanita hamil juga perlu sentiasa mendapatkan nasihat doktor, menjaga pemakanan, mengamalkan gaya hidup sihat dan mengikut panduan kehamilan dari doktor dan pembacaan sumber sahih.
Justeru Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad mencadangkan agar wanita hamil perbanyakkan makanan tambahan ini sepanjang kehamilan kerana ia barakah (disebut dalam al-Quran) dan sangat bernutrisi.
Katanya, bagi mereka yang hamil tanpa masalah kesihatan, perbanyakan pengambilan ini dan elakkan makan makanan yang berproses.
1) Kurma
Bagi mereka yang rasa lapar di antara waktu makan, ambillah dua hingga tiga kurma sebagai kudapan. Kurma sangat kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral.
Ia mengandungi serat yang banyak. Kurma mempunyai gula dan serat, jadi penyerapan gula agak sederhana. Sangat bagus bagi menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Tidak perlu ambil banyak dalam setiap hidangan. 2-3 biji sudah memadai.
2) Buah tin
Buah tin mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak.
Makan buah tin mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia. Ia juga mengandungi serat membantu keseimbangan gula dan kolestrol dalam darah.
Ia mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu hamil.
3) Minyak zaitunMinyak zaitun adalah makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil. Ia mengandungi 'essential fatty acid' yang diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi.
4) Buah delima
Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat dapat mngimbangi tekanan darah.
Buah delima sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahim.
5) MaduPilih madu yang asli dan kita akan mendapat kebaikan darinya. Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat.
Ia sudah terbukti keberkatannya, dan disebut dalam al-Quran dan terdapat satu surah yang dinamakan lebah iaitu surah An-Nahl.
Baca juga Buah aprikot boleh halang kanser daripada merebak. Kajian universiti terkemuka buktikan kesahihannya
6) Susu
Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada wanita hamil dan anak dalam rahim.
Pastikan tiada masalah alahan atau lactose intolerance pada mana-mana susu ini. Minumlah dua hingga tiga gelas susu segar setiap hari bagi menampung keperluan tenaga yang bertambah diperlukan oleh wanita hamil.
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang