Mohon bakal majikan bayar grab RM31, ini larangan ketika temu duga

temu duga
temu duga
A
A
A

TIDAK dinafikan, ketika ini ramai yang sedang mencari kerja setelah sekian lama negara berdepan pandemik Covid-19.

Ada yang kehilangan punca pendapatan selain dibuang kerja oleh majikan, malah lepasan universiti juga turut sedang bertungkus-lumus mendapatkan pekerjaan kini.

Bila sebut sahaja permohonan kerja, sudah pasti sesi temu duga menjadi satu proses laluan kerjaya.

Ada yang masih mengekalkan temu duga secara bersemuka dan ada sesetengah syarikat atau organisasi melakukan sesi itu melalui atas talian.

Memang pelbagai ragam dan kerenah orang yang meminta kerja ini.

Seperti baru-baru ini tular di laman sosial di mana seorang pengguna TikTok berkongsi sebuah perbualan di WhatsApp tentang seorang individu yang sedang mencari perkerjaan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @anjgrillwesternn, pada awalnya sesi perbualan kelihatan lancar apabila individu tersebut ingin menghadiri sesi temu duga pada hari tersebut.

Bagaimanapun, tanpa disangka individu tersebut dengan selamba meminta pengguna TikTok ini untuk membayarkan tambang grab yang berjumlah RM31 untuk datang ke tempat kerja.

"Puan saya minta tolong boleh bayarkan grab saya tak?" tulisnya sambil menunjukkan tangkap layar harga pengangkutan bernilai Rm31.

Perkara tersebut ternyata mencetuskan rasa tidak senang pengguna TikTok itu dengan terus menjawab, "maaf, kami tidak bertanggungjawab atas penghantaran dan kepulangan awak."

Menjengah ruangan komen, ia mencetuskan pelbagai reaksi warga maya, ada yang terhibur melihat gelagat masyarakat kini yang seolah tiada perasaan malu bertindak sedemikian.

Malah ada yang berpendapat di kawasan tersebut terdapat pelbagai kemudahan seperti naik MRT ataupun bas percuma namun memilih untuk menaiki grab.

temu duga

Baca juga [VIDEO] Ibu marah, pukul anak gara-gara nak berak, berikut 9 tip elak ‘burnout’

Ujar mereka;

"Dia dekat Midvalley, boleh je gi KL sentral naik MRT gi Sungai Buloh, naik bas free Selangorku."

"Belum kerja lagi dah ada masalah. Kalau amik kerja cemane laa hahahah."

"Scam ni, dah banyak orang buat macamni... sebab nak suruh bayarkan grab je pastu nanti dia blah tak datang kedai."

"Kesian dia... nak kerja tapi tak ada transport, grab pulak harga yahudi."

"Dah tau jauh hang nak pergi buat apa kalau tak dak kenderaan. Carilah hat dekat-dekat."

@anjgrillwesternn aduh pening- pening ? #foodtiktok#westernfood#grabfood#anjgrillwestern#bismillahfyp#fyp♬ bunyi asal - Mhd Aizzat - AizzatFromYT

Sementara itu, ini senarai larangan ketika temu duga;

1. Dilarang sekiranya anda lewat ke tempat temuduga. Masa atau janji adalah sangat penting dalam sesi temu duga. Ia juga merangkap dalam kategori disiplin pekerja dalam menepati masa.

2. Dilarang membiarkan perut kosong ketika temu duga sekurang-kurang lapik perut, ini boleh mengakibatkan anda lemah kerana lapar, muka tidak bermaya dan tidak mampu berfikit dengan sempurna.

3. Dilarang berpakaian menjolok mata bagi perempuan dan lelaki berseluar pendek ketika temu duga dilarang bersikap sombong dan angkuh ketika ke temu duga, ini membolehkan anda terbawa-bawa sikap ini sehingga ke sesi temu duga.

temu duga

Baca juga Isteri sedih suami 'kaki gaduh', buang beras dalam tandas, rosak mainan anak

4. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemu duga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.

5. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Dilarang meletakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemu duga itu.

6. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu dilarang goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu.

7. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar.

8. Dilarang bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.

9. Dilarang menyampuk semasa penemu duga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.

10. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.

11. Dilarang berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temu duga.

12. Dilarang sekali anda cuba hendak mencela bekas majikan dan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temu duga.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Tip temu duga Shidaradzuan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca