BARU-baru ini tular satu rakaman yang memperdengarkan seorang ibu memarahi anak-anaknya disertakan dengan maki hamun dan sumpah seranah.

Menurut video berkenaan, wanita itu membawa tiga orang anak bersamanya dan sepanjang perjalanan hanya suara wanita itu sahaja kedengaran.

Rakaman itu dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial TikTok, @Qissy, ke dalam tiga bahagian.

@amethystnb_seriau ye 8 jama tak aman. we got 2 hours more to sampai temerloh 🥲

♬ original sound – Qissy

Bahagian pertama memperdengarkan suara kanak-kanak berkenaan menangis dan Qissy menjelaskan, wanita itu mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada anak-anak.

Kemudian, wanita berkenaan memarahi dan memukul anaknya kerana membuang air besar sehingga dia berkata kepada anaknya untuk tidak menyusahkan dirinya.

Menurut Qissy, dia dan penumpang bas yang lain terpaksa menahan telinga selama lapan jam perjalanan dari Kota Bharu dengan mendengar wanita terbabit marah dan pukul anak-anaknya.

Rentetan daripada itu, seorang lelaki telah campur tangan semata-mata untuk memberhentikan wanita berkenaan daripada terus memarahi dan memukuli anaknya itu.

“Nak saya call polis?”

“Orang lain pun ada anak tapi tak bagi anak masalah.”

Menerusi ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa kesian terhadap kanak-kanak berkenaan.

“Takut sampai nanti mak dia lepaskan kat anak dia pulak.”

Baca juga: Kenapa si anak susah nak dengar cakap mak ayah? Ini tip jadi ibu bapa yang awesome

“Ya ALLAH, ini depan public kalau dekat rumah macam mana la anaknya tu. Kesian, nak menangis rasa.”

“Dia ingat anak dia boleh plan ke bila nak berak?!”

“Patutnya bawa sahaja pergi balai, for the child safety.”

Walau bagaimanapun, tindakan mengasari dan memarahi anak-anak di depan khalayak ramai adalah suatu perkara yang tidak baik.

Namun, perkara ini terjadi mungkin disebabkan para ibu berasa ‘burnout’ kerana keletihan menjaga anak-anak serta rumah tangga.

Bagi para ibu boleh cuba lapan tip daripada ‘burnout’, ini yang perlu diketahui:

Iklan

1. Elakkan menjadi ibu yang sempurna dengan matlamat yang tidak realistik.

2. Ketahui perkara yang menjadi punca berlakunya stres.

3. Sediakan rutin harian yang boleh dilakukan untuk mengelakkan stres.

4. Utamakan kesihatan seperti makan makanan yang bertenaga, tidur cukup, kurangkan pengambilan kafein serta kerapkan bersenam.

5. Minta bantu suami atau anak-anak menguruskan hal rumah seperti memasak dan mengemas.

Iklan

6. Jadikan perkataan ‘NO’ untuk perkara-perkara yang akan membuatkan diri menjadi lebih penat.

7. Lakukan perancangan aktiviti secara lebih awal supaya tidak terbeban dan teratur.

8. Sediakan masa untuk bersendiri dengan melakukan aktiviti lain yang melibatkan tanggungjawab sebagai seorang ibu seperti membeli-belah dan tengok wayang.

9. Jangan cepat mudah berasa mengalah dan bersalah terhadap perasaan sebagai seorang ibu, sebaliknya kekal positif dan tenangkan diri dengan memberi kata-kata semangat untuk lakukan yang terbaik.

Sumber: Busy Mom, Smart Mom

Baca juga: Apabila ibu rengsa jadi seorang ibu, itu petanda parental burnout. Ini inti pati yang ramai perlu tahu