Mop lantai guna tiga bahan yang ada di dapur, kilat macam cermin
NAMPAK kemas dan cantik ruang kediaman, tapi belum tentu bersih.
Kerana itulah dalam mengemas rumah tidak sah kalau mengemop lantai tidak dilakukan.
Nampak senang kerja mengemop lantai kan?
Cara mencuci yang betul sememang membantu proses mengemop supaya lebih cepat dan bersih.
Ini SinarPlus kongsikan tip yang boleh dipraktikan oleh anda di rumah untuk mendapatkan lantai yang bersih berkilat seperti cermin.
Bahan-bahan:
- Softener (tak kisah brand)
- Cuka
- Air panas
Cara – caranya adalah :
- Sediakan air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka dan softerner.
- Kemudian mopkan seluruh lantai dengan bancuhan air ini.
- Pastikan mop dikembangkan semasa proses pembersihan dan biarkan sehingga kering.
Dijamin anda akan berpuas hati menggunakan cara ini kerana lantai akan menjadi sangat berkilat serta berbau harum seluruh rumah.
Artikel berkaitan: Tip bahagiakan pasangan, elak guna ‘silent treatment’
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang