DAHULU kita sering melihat penggunakan mesin layan diri lebih tertumpu kepada pembelian makanan dan minuman. Namun, disebabkan perkembangan teknologi, fungsinya tidak lagi terhad kepada itu sahaja.

Ada juga mesin yang mampu untuk digunakan sebagai tambah nilai kad perjalanan, makanan basah, alat permainan kanak-kanak, makanan haiwan dan sebagainya.

Tidak hanya melibatkan pembelian barangan harian, mesin layan diri sekarang turut boleh digunakan bagi mengemaskini kad debit perbankan.

 

Baca juga: Tengku Zafrul mendengar suara anda 6 info pengeluaran khas KWSP yang dibayar lebih awal

Baca juga: Bella cedera akibat disimbah air panas ini tahap dan tanda kecederaan akibat melecur

 

Ya! Perkhidmatan tersebut disediakan buat pengguna Maybank yang ingin mempebaharuhi kad debit tamat tempoh.

Kelebihan itu sudah pastinya dapat menjimatkan masa dan lebih mudah berbanding perlu beratur di kaunter.

Caranya mudah hanya perlu mengikut lima langkah ini sahaja. Justeru, berikut info yang dipetik daripada pengguna media sosial TikTok, @ejal.asv.

Langkah 1

Pilih salah satu pilihan bahasa yang disediakan sama ada bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau Mandarin.

Langkah 2

Masukkan kad debit ke dalam mesin layan diri. Seterusnya masukkan nombor pin keselamatan.

Langkah 3

Setelah selesai, pilih corak kad yang diinginkan mengikut paparan skrin.
Jadi, jangan risau tentang bagaimana corak kad anda kerana ia akan mengikut berdasarkan pilihan yang telah ditetapkan.

Langkah 4

Imbas kad pengenalan ke dalam mesin. Seterusnya, letakkan ibu jari di bahagian pengimbas.

Iklan

Sebaik sahaja memasukkan kad pengenalan, tempat pengimbas jari akan mengeluarkan cahaya berwarna merah.

Letakkan ibu jari di atas dan jangan menggerakkan sehingga mendapat pengesahan di skrin.

Langkah 5

Setelah selesai, sila tunggu sementara mesin memproses kad atau ikut arahan yang dikeluarkan di skrin.

Hanya perlu tunggu seketika dan kad debit selesai.

Iklan

Ringkasnya, penggunaan teknologi baharu ini banyak manfaat jika digunakan ke arah yang betul.

Tanpa perlu beratur mahupun menunggu giliran yang akan memakan masa lama, segalanya itu kini tidak lagi!

Bagi pemilik kad yang hampir tamat tempoh, apa kata cuma cara tersebut untuk menjimatkan masa. Memang mudah sangat.

 

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI