PENGELUARAN Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) yang dibuka permohonan pada pada 1 April lalu bakal dikreditkan kepada pencarum yang memohon lebih awal.

Perkara tersebut disahkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi satu kenyataan di laman sosial rasminya.

Baca juga: Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Boleh Disemak 9 April, Berikut Cara Pembayarannya

Berikut butiran lanjut mengenainya;

1. Pengeluaran Khas KWSP yang dijadualkan 20 April 2022 akan diawalkan 18 April 2022.

2.“Ramai yang mesej dan komen dalam media sosial saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”

3.“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya.

4. Beliau berharap pengeluaran khas berkenaan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri.

5. KWSP menerusi laman Twitter rasmi mengumumkan bayaran Pengeluaran Khas akan dikreditkan secara berperingkat bermula 18 April dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

6. Pemohon boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa menerusi portal Pengeluaran Khas : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Iklan

Terdahulu KWSP memaklumkan bayaran Pengeluaran Khas akan dibuat secara berperingkat bermula 20 April 2022 dalam tempoh satu hingga 3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

Manakala bagi bayaran secara Arahan Bayaran, pemohon akan menerima Notis Pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran.

Baca juga: 12 Info Terkini Pengeluaran Khas KWSP, Bakal Dibayar Sekali Gus

Iklan

Baca juga: Pengeluaran Khas KWSP Dibenarkan RM10,000, Berikut Tiga Skim Diperkenalkan Sejak Pandemik

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Sumber: Facebook Tengku Zafrul