Mudah tapi pastikan diluluskan, ini senarai 12 kit ujian kendiri Covid-19

A
A
A

BARU-BARU ini pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan dan membenarkan penjualan kit ujian kendiri Covid-19 untuk kegunaan orang ramai.

Ujian pengesanan bagi Covid-19 tersebut boleh dilakukan sendiri di rumah dengan langkah mudah menggunakan sampel saliva atau air liur dan calitan hidung.

Jika sebelum ini lima jenis yang diumumkan, kini terdapat tujuh jenama lagi yang diluluskan untuk kegunaan ramai.

Sebanyak 12 kit ujian kendiri Covid-19 telah mendapat kelulusan KKM menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) setakat 24 Ogos 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kit berkenaan boleh dijual untuk kegunaan orang awam.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

kit ujian Covid-19

12 kit ujian tersebut adalah:

1. Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/ Nasal Swab Samples)

2. Gmate® COVID-19 Ag Saliva for Home Use

3. BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid)

4. ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)

5. JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid).

6. Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit (Immunochromatography)

7. Sichuan Xincheng SARS-CoV-2 Antigen Assay

8. Flowflex™ SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Self-testing)

9. STANDARD™ Q COVID-19 Ag Saliva Home Test

10. ProDetect™ COVID-19 Antigen Rapid Self-Test (Saliva)

11. NEWGENE Bioengineering COVID-19 Antigen Detection Kit

12. COVID-19 Antigen Detection Kit (Colloidal Gold) Self Test K

Selain itu, pengguna juga mestilah memastikan kit ujian kendiri Covid-19 yang telah mendapat

kebenaran pengimportan dan pengedaran dari MDA.

Baca juga Covid-22 lebih bahaya dari varian Delta, pakar Switzerland beri amaran

Kit ujian kendiri Covid-19 boleh dibeli di farmasi komuniti berlesen dan fasiliti kesihatan yang

dibenarkan MDA.

Penjualan kit ujian kendiri Covid-19 boleh dibuat dalam bentuk pek individu atau pek multi kit dan

hendaklah memenuhi keperluan perlabelan.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca