Mudahnya! Gambar dan video kini boleh terus upload ke Instagram melalui desktop

A
A
A

WAH berita gembira buat warga Instagram (IG). Akhirnya, kini korang boleh muat naik gambar beserta video ke akaun Instagram terus melalui desktop atau komputer.

Ini adalah antara ciri terbaru yang diperkenalkan aplikasi itu kepada semua pengguna.

IG merupakan salah satu platform media sosial perkongsian gambar dan video terkenal di seluruh dunia dan menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sebelum ini, jika pengguna ingin muat naik gambar atau video, mereka hanya boleh berbuat demikian menerusi aplikasi telefon pintar sahaja.

Manakala laman web IG versi desktop tidak menyediakan ciri tersebut. Di laman web, hanya boleh lihat like serta komen sahaja.

Dengan kemaskini terbaru ini, pastinya gambar kenangan korang yang ada di komputer lebih mudah untuk dimuat naik ke platform IG melalui komputer atau laptop sahaja tanpa perlu menggunakan aplikasi di telefon pintar.

Mudahnya! Gambar dan video kini boleh terus upload ke Instagram melalui desktop

Pada awalnya, ciri terbaru ini mula diperkenalkan pada awal tahun ini tetapi hanya beberapa pengguna sahaja yang layak menggunakannya. Kini tidak lagi, apabila kemaskini terbaru ini tersedia untuk semua.

Cara upload gambar ke IG melalui komputer;

LANGKAH 1

Korang boleh guna mana-mana browser internet seperti Chrome, Firefox atau Microsoft Edge dan buka laman web Instagram di www.instagram.com.

LANGKAH 2

Login seperti biasa menggunakan username atau emel beserta password.

LANGKAH 3

Untuk upload, cari butang CREATE pada bahagian atas dengan ikon [+]. Klik pada ikon tersebut.

Baca juga Ramai persoal hampir 50% kematian Covid-19 lengkap vaksin, Dr Mahesh tampil beri penerangan

LANGKAH 4

Korang boleh mula upload dengan klik pada 'Select from computer' atau drag n drop sahaja mana-mana gambar atau video terus masuk ke IG.

Kesemua ciri seperti crop, filter, adjustment ada disediakan sama seperti di aplikasi IG. Akhir sekali, masukkan caption dan klik Share.

Mudah kan! Jadi selepas ini, jika ada gambar-gambar menarik dalam komputer, korang tidak perlu lagi masuk ke telefon dan upload melalui aplikasi, sebaliknya boleh terus upload ke IG menerusi komputer.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca