SETELAH negara menghadapi kemelut politik, hari ini, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menerima surat perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin melalui sidang media khas sebentar tadi memaklumkan beliau kehilangan kepercayaan majoriti dewan rakyat, seluruh jemaah menteri letak jawatan.

Menurut beliau, tindakan itu selaras dengan sumpah jawatan untuk sentiasa menjunjung, melindungi dan pertahankan Perlembagaan.

Katanya, ikhtiar selamatkan kerajaan Perikatan Nasional tidak berhasil disebabkan ada pihak rakus rebut kuasa.

Seramai 15 Ahli Parlimen UMNO tarik sokongan kepadanya dan cadangan persefahaman rentas parti turut ditolak parti pembangkang.

“Ini hari terakhir saya sebagai Perdana Menteri dan saya reda dengan ketentuan Ilahi. Saya mohon maaf atas kekhilafan sepanjang menjadi Perdana Menteri.

“Saya berharap kerajaan baharu segera dibentuk supaya pentadbiran negara tidak terganggu dan berjalan seperti biasa,” ujar beliau.

Sementara itu, dalam satu kenyataan Istana Negara, susulan perletakan jawatan tersebut, Seri Paduka Baginda berkenan Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri Baharu dilantik.

Sri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan jemaah menteri atas khidmat bakti dan urus tadbir negara yang telah dilaksanakan bermula 1 Mac 2020, khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19.

Jadi, korang rasa siapakah bakal menjadi Perdana Menteri selepas ini? Sama-sama kita doakan yang terbaik buat
Malaysia.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ini senarai Perdana Menteri Malaysia;

1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ (1903 – 1990)
Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia Pertama
31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970

  • Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diputerakan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah.
  • Tunku merupakan putera ke-20 kepada Sultan Kedah yang ke-24, Sultan Abdul Hamid Halimshah.

2. TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN (1922 – 1976)
Perdana Menteri Malaysia Kedua
22 September 1970 hingga 14 Januari 1976

  • Tun Abdul Razak Datuk Hussein yang juga dikenali sebagai ‘Bapa Pembangunan’ telah dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang.

3. TUN HUSSEIN ONN (1922 – 1990)
Perdana Menteri Malaysia Ketiga
15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981

Iklan
  • Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb Februari 1922 di Johor Bahru.
  • Beliau adalah anak sulung Datuk Onn Ja’afar dan Datin Halimah Hussein yang mempunyai lapan orang anak.

4. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD (1925)
Perdana Menteri Malaysia Keempat
16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003

  • Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Lorong Kilang Ais Seberang Perak, Alor Setar Kedah.
  • Bapanya bernama Mohamad Iskandar dan ibunya, Wan Tempawan Wan Hanafi.
  • Tun Mahathir merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik.

5. TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI (1939)
Perdana Menteri Malaysia Kelima
31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009

  • Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
  • Beliau yang merupakan anak sulung daripada empat beradik, anak kepada pasangan Ahmad Abdullah Fahim (lebih
    dikenali sebagai Ahmad Badawi) dan Datuk Khailan Hassan.

Baca juga 11 aktiviti layak untuk penerima dua dos vaksin sahaja, mesti tunjuk sijil digital

6. DATUK SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK (1953)
Perdana Menteri Malaysia Keenam
3 April 2009 hingga 9 Mei 2018.

Iklan
  • Datuk Sri Mohd Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada 23 Julai 1953 merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussien dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.
  • Tun Abdul Razak pula adalah bekas perdana menteri kedua Malaysia. Najib merupakan anak Perdana Menteri yang pertama mengulangi kejayaan bapanya dalam sejarah moden politik negara.

7. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD (1925)
Perdana Menteri Malaysia Ketujuh
10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020.

8. TAN SRI DATUK MAHIADDIN MD YASIN (1947)
Perdana Menteri Malaysia Kelapan
1 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021.

  • Tan Sri Datuk Muhyiddin berasal dari Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta’zim dan merupakan salah seorang daripada 47 orang anak seorang ulama terkenal di Muar, iaitu Muhammad Yassin Muhammad dan isteri kedua daripada empat orang isteri, iaitu Khadijah Kassim.

Sumber: umno online