Munajat musibah banjir landa negara, JAKIM anjur solat hajat tiga masjid lepas Maghrib

A
A
A

MUSIBAH banjir yang melanda begitu parah. Ribuan kediaman ditenggelami air, rakyat kehilangan nyawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan solat hajat di tiga masjid utama iaitu Masjid Negara, Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bagi memohon perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar menerusi satu kenyataan memaklumkan, program tersebut akan diadakan serentak pada 22 Disember selepas Solat Maghrib.

Baca juga: [15 FOTO] Bencana banjir Pantai Timur menggerunkan, air deras, ribuan kediaman ditenggelami air

Baca juga: Bermain dengan kakak di anjung rumah, bayi 15 bulan lemas banjir, 7 info kronologi kejadian

Kredit foto: Pexels

JAKIM turut menjemput dan mengesyorkan semua majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri melalui masjid dan surau di seluruh negara untuk turut sama mengadakan program seumpamanya agar kesatuan usaha dan doa seluruh umat akan menambahkan lagi keberkatan doa.

Baca juga: Kronologi menyayat hati 3 beradik sehidup semati, maut renjatan elektrik tika harung air banjir

Kredit foto: Pexels

Info solat sunat hajat

1-Hajat ialah apa-apa yang menjadi keperluan untuk melapangkan dan mengangkat kemudaratan.

2-Lafaz niat solat hajat ialah seperti di bawah:

3-Rakaat pertama anda perlu membaca surah al-Fatihah dan mana-mana surah pilihan.

4-Rakaat kedua anda perlu membaca surah al-Fatihah dan mana-mana surah pilihan.

5-Solat hajat secara berjemaah boleh dilakukan secara sekali sekala, namun jika merasakan solat hajat bersendirian itu lebih mendatangkan kekhusyukan dan kehendak yang dimaksudkan, maka itu adalah lebih utama.

Baca juga: Bersiap ke PPS budak 2 tahun tak disedari hilang, terapung 20 meter dari rumah ibu saudara, ini kronologi menyayat hati

Baca juga: Jangan abaikan solat sunat dua rakaat, ia boleh hapuskan dosa kecil kita

Sumber: JAKIM, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto utama: SMART via Sinar Harian, Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca