Muncul di TikTok, Tengku Zafrul mohon orang ramai sumbang idea Bajet 2022

Muncul di TikTok, Tengku Zafrul mohon orang ramai sumbang idea Bajet 2022
Muncul di TikTok, Tengku Zafrul mohon orang ramai sumbang idea Bajet 2022
A
A
A

UMUM maklum, kini aplikasi TikTok semakin dikenali ramai sebagai platform perkongsian video popular yang membolehkan pengguna membuat dan memuat naik video pendek.

Sesetengah orang hanya mengaitkan aplikasi itu sekadar menari dan seksi namun pelbagai video menarik turut dikongsi warganya yang kreatif yang sudah tentu boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Pelbagai manfaat lain yang boleh didapati melalui aplikasi tersebut dari segi pendidikan, bisnes, travel, tip kehidupan, nasihat kewangan dan banyak lagi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Terbaharu, warga TikTok dikejutkan dengan kehadiran Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz apabila beliau secara rasmi memiliki akaun media sosial itu pada 24 Ogos lalu.

Rata-rata warga maya menyambut baik usaha dilakukan bagi mendekati rakyat, bahkan ramai yang turut memuji penampilan tampan menteri disenangi ramai tersebut.

Selain itu, Tengku Zafrul turut mengajak orang ramai menyumbangkan idea bagi perbentangan Bajet 2022.

G-Shock ‘Mat Motor Analog’ bertukar menjadi ‘Jam Belanjawan 2021’ gara-gara Tengku Zafrul

Menerusi hantaran terbaharu, beliau mengajak anak muda sama-sama menyumbangkan idea menjelang pembentangan Bajet 2022 yang dijadualkan pada 29 Oktober ini.

"Seperti tahun lalu, MOF ingin mendengar hasrat dan pandangan rakyat Malaysia terutama golongan belia.

"Caranya senang sahaja, anda hanya perlu memuat naik video berdurasi satu minit menggunakan tanda pagar #MyInclusiveBudget dan #Bajet2022,"ujarnya ringkas.

Baca juga Kanak-kanak ditampar hingga jatuh tersungkur, masih pertahankan bapa raih perhatian wargamaya

Tambah beliau, selain TikTok, rakyat Malaysia juga boleh berkongsi idea menerusi portal Kementerian Kewangan.

"Boleh juga hantarkan idea anda kepada https://budget.mof.gov.my/ms/ sebelum 15 September ini.

"MOF akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan hasrat belia negara," katanya.

Setakat ini, Tengku Zafrul kini sudah memiliki hampir 130,000 pengikut di TikTok.

@tzafrul_azizAnda ada idea untuk Bajet 2022? Rakam dan upload ke TikTok! ##KeluargaMalaysia##MYInclusiveBudget##Bajet2022##fyp##foryoupage♬ original sound - Tengku Zafrul Aziz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca