Musim cuti sekolah buatlah anak seronok, ini idea aktiviti mudah & menarik ibu bapa bersama anak
Musim cuti sekolah buatlah anak seronok, ini idea aktiviti mudah & menarik ibu bapa bersama anak
SUDAH tibanya masa yang ditunggu anak-anak iaitu musim cuti sekolah.
Masa untuk tutup buku dan enjoy cuti sekolah ini! Bukan anak je, ibu dan ayah pun perlu luangkan dan nikmati masa bersama anak-anak.
Minggu pertama cuti ini belum bercuti kemana? Tak apa, masih belum terlambat untuk ibu ayah melakukan aktiviti menyeronokkan buat mereka.
Tak perlu nak bawa travel jauh-jauh, hanya duduk di rumah pun boleh buat mereka bahagia.
Ini 27 idea aktiviti mudah dan menarik yang boleh ibu dan ayah buat bersama anak-anak;
1. Cari satu dinding rumah yang lapang, tampal kertas mah jong di seluruh permukaan dinding dan bagi anak conteng sepuas-puasnya guna krayon, marker, pensel warna. Jangan lupa untuk tukar kertas bila dah penuh diconteng.
2. Cari cawan atau mug yang plain dan beri anak lukis atas mug tu menggunakan permanent marker. "Saya ada banyak mug besar warna putih yang saya bagi Haikal lukis di atasnya. Dan setiap pagi, saya akan buat kopi dalam mug yang Haikal dah lukis."
Walaupun kadang-kadang entah apa-apa yang dilukis. Tapi inilah salah satu cara paling mudah untuk bina self-esteem anak, so why not? Dan Haikal jadi lebih pandai menghargai, bila dia rasa hasil tangannya dihargai. What we appreciate, appreciates. Kan?
3. Ada banyak t-shirt plain? Ha apa lagi? Ajaklah anak lukis atas t-shirt tu! Untuk lebih fun, make it this way: Minta anak lukis atas t-shirt kita dan kita lukis atas t-shirt anak. Selesai lukis, bagi kering dan sama-sama pakai.
4. Buat cup cake dan ajak anak deko toppings sama-sama. Kalau malas nak bakar sendiri, beli jer cup cake plain yang dah siap, ajak anak deko toppings je. Settle. Cup cake boleh simpan dalam peti. Boleh buat sarapan pagi keesokan harinya.
Baca juga Rebut peluang musim cuti sekolah ajar anak mengaji, doktor dedah cara mudah tarik minat si kecil
5. Buat pizza dengan toppings yang berbeza-beza. Beli je doh pizza instant tu. Tak pun, guna roti keping je. Hias dengan sos bolognese, sosej and cheese. Bakar. Settle.
6. Buat cookies pelbagai bentuk. Beli cookie mix yang instant tu. Pastu bentukkan guna cookie cutter. Tak pun bentukkan je sendiri guna tangan. Boleh buat bentuk alphabets and numbers. Sambil buat cookies, sambil kenal huruf dan nombor.
7. Buat aiskrim Malaysia. Yang ni tak payah ajar kot. Tapi buatlah yang unik sikit. Takde lah balik-balik aiskrim Milo je. Cuba la buat Ribena laici ke, bandung cincau ke, air kathira ke.
8. Ajak anak basuh kereta basuh motor ataubasikal. Motif utama bukan nak membasuh sangat. Tapi nak main air dengan anak.
Sebab water play sebenarnya boleh boost good emotions dan self-esteem anak juga.
Tak pun, kalau tak nak basuh kereta, basuh je bilik air. Life skill tu.
9. Ajak anak spring clean almari baju atau almari mainan dia. Sorting sama-sama, mana yang dia masih pakai dan mana yang dah tak pakai. Yang dah tak pakai, boleh buang atau bagi orang lain yang mungkin memerlukan. Boleh ajar anak sense of giving di situ.
10. Role playing. Mak bapak berlakon jadi anak, anak berlakon jadi mak bapak. Switch role. Kat sini kita akan lihat betapa hebatnya anak berlakon jadi kita. Baru tahu betapa hodohnya bahasa dan perangai kita bila marah anak.
11. Ajak anak buat simple exercise yang tak perlukan apa-apa equipment. Pasang instrumental muzik, then buatla apa-apa movement yang senang anak tiru.
Benda yang paling kita tak nak bila anak banyak spend time di rumah adalah badannya jarang bergerak. Inactive body leads to inactive brain. So kena paksa badan bergerak. As your body moves, your brain grooves!
12. Main teng teng. Kalau rumah ada tiles yang petak2 besar tu, senang lah. Guna masking tape berwarna untuk tandakan kotak yang nak digunakan. Teng teng is a good game untuk latih anak imbangkan badan.
13. Main khemah-khemah guna kerusi, cadar, selimut, dan sebagainya. Takut rumah bersepah? Tak apa, paling-paling pun bersepah sampai anak umur 15 je. Chill, parents. Fokus bina hubungan dengan anak sekejap. Lepas tu boleh fokus kemas rumah.
14. Stamping Art. Bentang kertas mah jong besar-besar kat lantai dan sediakan dua hingga tiga warna water colour. Kemudian, buat aktiviti stamping guna batang sawi, batang celery, bendi, corak daun, sweet pepper, lemon.
15. Buat socks puppets. Ambil sepasang stokin plain, tampal googly eyes atau 2 biji butang pada hujung stoking, lukis corak-corak sikit, masukkan tangan dan jadilah puppet.
Baca juga Cuti sekolah bermula, ibu bapa mohon buat 7 perkara ini terhadap anak
16. Untuk anak yang dah besar sikit, maybe boleh ajak anak buat Vision Board. Minta anak imagine pencapaian atau impian dia enam bulan dari sekarang.
Minta anak lukiskan semua imaginasi dia pada sekeping kertas. Atau kalau tak reti lukis, boleh ajak anak google gambar-gambar yang berkaitan dengan impian dia.
Contohnya, gambar basikal idaman, tempat percutian idaman, birthday cake idaman, mainan idaman, apa saja. Dan bantu anak susun strategi macam mana dia nak capai semua tu.
Misalnya, kena belajar berapa jam sehari, jaga solat setiap hari, simpan duit berapa ringgit setiap hari, bantu buat laundry setiap hari, etc. Latih anak untuk BERANI BERIMPIAN DAN BERANI SAHUT CABARAN!
17. Tengok balik gambar anak masa bayi dan ceritakan pada anak moments behind every picture. Pergh to be honest, this is my most favourite thing to do with Haikal.
Bila anak tengok gambar-gambar dia masa baby, masa umur setahun, 2 tahun, dan seterusnya dia akan faham hidup ni adalah satu proses. Setiap hari kita grow jadi orang yang lebih berpengetahuan, lebih berkebolehan dan lebih bermanfaat.
18. Build an “I can” box. Cari satu kotak tisu, deko sikit kotak tu kalau rajin, then setiap hari minta anak senaraikan 3 PERKARA YANG DIA BOLEH BUAT PADA HARI TU.
Contohnya:
Today, I can wash my own plate.
I can make my own bed.
I can tie my shoes.
Kalau anak belum pandai menulis, parent boleh tolong tuliskan. Then masukkan nota tu dalam kotak tisu tadi.
Bila-bila anak rasa teruk, rasa gagal atau tak yakin diri, tengok balik semua “I can” yang dia tulis sebelum ni. Manusia ni mudah rasa down atau rasa gagal bila dia lupa apa yang dia pernah capai sebelum ni.
19. Make a feelings chart. Ambil sekeping kertas, lukis beberapa ekspresi wajah atau emoji yang menunjukkan emosi berbeza.
Contohnya, muka sedih, marah, gembira, excited, terkejut, kecewa dan sebagainya.
Then setiap malam sebelum tidur, tanya anak apa perasaan dia hari ini dan kenapa dia rasa macam tu. Maybe ibu bapa boleh mulakan dulu. Kongsikan perasaan anda dengan anak dan explain why.
Contohnya, tunjuk pada gambar ekspresi wajah gembira, then explain "Mama gembira sebab dapat masak for dinner hari ni." Then next, tunjuk pulak ekspresi wajah terkejut, dan explain, "Mama terkejut sebab tadi first time dengar Haikal kentut dalam solat."
Then, anak punya turn pulak untuk share emosi dia. Ingat, anak yang kenal emosi akan eventually pandai kawal emosi.
20. Berlakon. Contoh, anak berlakon jadi peniaga kedai makan, kita jadi pelanggan. So anak kena ambik order, siapkan order, hidang, letak harga, dan kita bayar.
Order yang simple-simple dah la. Roti peanut butter ke, biskut ke, air kosong ke. Jangan kau order siakap stim pulak. Then esoknya tukar suasana, anak berniaga kedai runcit pulak. Keluarkan la kejap segala stok sardine, susu pekat, kicap dan maggi dalam almari tu.
Sambil main, boleh ajar anak kira duit, operasi matematik tambah tolak, adab layan pelanggan dan sebagainya.
21. Main cikgu-cikgu. Anak jadi cikgu, mak ayah jadi murid. Tak payah white board bagai. Tampal je kertas manjong kat dinding. Cikgu berdiri sambil pegang pembaris, murid-murid duduk bersila sambil buat muka takut-takut.
Beri kebebasan kepada anak untuk pilih topik yang nak diajar. Percayalah, kita akan terkejut betapa banyaknya benda baru yang kita dapat belajar.
Tiba-tiba rasa sebak bila anak umur 7 tahun cakap, “I believe in you mommy. You got this”. Kau yang umur 40 pun susah nak percaya diri sendiri.
22. Make your own cook book. Ajak anak senaraikan makanan favourite dia, then google resipi setiap makanan tu dan tulis dalam 1 buku.
Boleh tulis macam biasa atau lukis bahan-bahan dan langkah-langkahnya. Then, ajak anak masak ikut resepi tu sama-sama. Activiti yang melibatkan sequence atau langkah demi langkah (seperti memasak) sangat membantu dalam membina fokus anak.
23. Main teka binatang. Buat bunyi atau pergerakan tertentu dan minta anak teka apakah binatang yang sedang dilakonkan. Boleh buat bunyi harimau, gaya itik berjalan, gaya ular, bunyi anjing – apa sahaja.
24. Main sambung perkataan. Contoh: Saya, ya apa? Yaman, man apa? Mana, na apa? Nanas, nas apa? Nasi, si apa? Siamang, mang apa? Mangkuk, kuk apa? Kuku, ku apa? Haa tengok, main sorang pun boleh.
Baca juga Cuti sekolah, jangan terperuk di rumah. Bawalah anak berjalan, biar mereka rasai momen itu
25. Game 5 seconds rule. Ok yang ni best. Cara main dia senang je. Setiap orang kena namakan 3 benda yang diminta, dalam masa 5 saat.
Contohnya:
- Namakan 3 benda yang berwarna pink.
- Atau namakan 3 benda yang berbentuk bulat.
- Atau namakan 3 benda yang kita tak boleh makan.
- Apa sahaja! Dan bila kena jawab dengan cepat (within 5 secs), jawapan yang keluar dari mulut random dan entah apa-apa!
26. Board game. This one is an evergreen kot. I guess semua rumah kena ada at least one board game. Tak kisah la dam ular ke, chess ke, saidina ke, scrabble ke. This is the simplest way untuk buat aktiviti berkumpulan yang setempat dan boleh main sambil baring-baring.
27. Lego. Yang ni nak kena explain ke? Semua anak mesti ada mainan building blocks kat rumah kan? Paling common Lego. Sangat berguna di kala anak-anak kebosanan duduk rumah. To make it feels different everyday, beri tema berlainan setiap hari.
Contohnya, hari ni tema kedai makan. So bina lah kedai makan guna Lego tu. Esoknya, tema kapal angkasa pulak. So buat lah kapal angkasa dengan tempat launching dia sekali. Lusa, tema bengkel kereta dan sebagainya.
Ibu ayah, paksa diri untuk kreatif berfikir. Jangan anak cakap bosan, kita pun tumpang bosan sekali.
Semoga apa yang dikongsikan ini bermanfaat serta dapatlah bantu ibu ayah survive musim cuti sekolah ini dengan cemerlang.
Sabar ya, parents. Penat memang penat. Tapi itulah NIKMAT menjadi ibu bapa.
"At the end of the day, the most overwhelming key to a child’s success is the positive involvement of parents." – Jane D. Hull
Have a blessed family time, guys! Semoga setiap saat yang dilalui bersama anak-anak dipandang ALLAH sebagai ibadah.
Sumber: Adlil Rajiah
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang