CUTI sekolah dah bermula! Ibu bapa mohon beri perhatian terhadap perkara-perkara ini kepada anak.

Sebagai ibu bapa, sangat penting untuk kita pastikan anak-anak sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat sepanjang cuti sekolah ini.

Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi.

Baca juga Kanak-kanak Muslim 11 tahun lebih genius daripada saintis Albert Einstein dan Stephen Hawking. Ini cerita ibunya

Berikut adalah beberapa langkah yang perlu diambil cakna oleh ibu bapa untuk tujuan itu;

1. Galakkan anak untuk makan makanan yang seimbang, serta elakkan makanan berlemak dan manis yang berlebihan. Selain itu, pastikan mereka minum secukupnya. Ini akan membantu mereka mengekalkan tahap tenaga yang diperlukan.

2. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi pada setiap malam iaitu sekitar 7-8 jam sehari. Tidur yang cukup penting untuk kesihatan fizikal dan mental mereka dan akan membantu mereka kekal terjaga dan fokus sepanjang hari.

3. Galakkan anak untuk kekal aktif sepanjang cuti sekolah dengan mengambil bahagian dalam aktiviti luar dan sukan. Ini akan membantu mereka untuk kekal sihat dan cergas, serta mencegah mereka daripada menjadi malas dan tidak aktif.

Baca juga Gara-gara terjatuh main gelongsor, kanak-kanak 5 tahun hampir hilang penglihatan

Foto fail.

4. Ingatkan anak-anak tentang pentingnya untuk sentiasa selamat. Ini termasuk mengelakkan dari terlibat aktiviti jenayah, elak bercakap dengan orang yang tidak dikenali, memberitahu ahli keluarga ke mana mereka pergi dan sebagainya.

5. Pantau masa skrin anak-anak dan pastikan mereka tidak menghabiskan banyak masa di dalam peranti mereka. Terlalu banyak masa skrin boleh menyebabkan kekurangan aktiviti fizikal, gangguan tidur dan interaksi sosial yang berkurangan.

6. Kemaskini pengambilan vaksinasi mereka: Jika anak perlukan sebarang vaksinasi semasa cuti sekolah, pastikan untuk menjadualkan temu janji dengan klinik terdekat. Ini akan membantu melindungi mereka dari penyakit yang boleh dicegah.

Iklan

Baca juga [VIDEO] Kanak-kanak 4 tahun menangis kegembiraan sambut kelahiran adik undang sebak warga maya

7. Galakkan anak untuk mengamalkan amalan kebersihan yang baik seperti mencuci tangan kerap dan mengelakkan menyentuh muka mereka, untuk mencegah penularan penyakit. Pada musim sekolah, kes penyakit berjangkit akan meningkat.

Secara keseluruhan, kuncinya adalah untuk membantu anak-anak anda mengekalkan gaya hidup sihat semasa cuti sekolah.

Ini akan memastikan mereka sentiasa sihat dan ceria, serta bersedia untuk kembali ke sekolah apabila semester baru bermula kelak.

Iklan

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.