CUTI sekolah adalah saat yang dinanti-nantikan ramai kanak-kanak kerana ia adalah masanya mereka dapat bersantai bersama keluarga. Luangkan masa, jangan biarkan si kecil terperuk di rumah.

Sebagai ibu bapa, gunakan peluang yang ada untuk mereka berjalan-jalan, mencipta momen untuk dikenang pada masa hadapan.

Baca juga: Tragedi cuti sekolah, kanak-kanak lemas sauk ikan di tali air, 6 tip ini mak-mak perlu waspada

Baca juga: Festival Floria Diraja Putrajaya 2022 dilanjutkan ke Ahad ini, ibu rebut peluang cuti sekolah bawa anak

Elak terperuk di rumah, manfaatkan cuti sekolah untuk mengeratkan hubungan. Pendapat seorang bekas pendidik, Astiey Nurasiah ini ada benarnya.

Menurut Astiey, momen yang diciptakan oleh ibu bapanya ketika cuti sekolah memberikan kesan positif kepada perhubungan mereka sekeluarga.

Tidak memerlukan modal yang besar, namun kenangan yang diciptakan cukup istimewa untuk dikenang. Berikut coretan beliau:

Sekarang ni cuti sekolah. Hati saya suka sangat tengok bila ibu bapa bawa anak-anak bercuti dengan cara masing-masing.

Ada tidur hotel, pergi luar negara, berkelah atau berkhemah. Bagi yang melihat jangan ada secebis rasa iri. Mereka bercuti dengan keluarga bukan sebab mereka mewah tapi mereka menghargai dan mencipta kenangan dengan orang yang mereka sayang.

Baca juga: [VIDEO]Manfaatkan cuti sekolah, ini tarikan terbaharu di Shah Alam

Baca juga: Doktor dedah ramai ibu bapa mohon sijil cuti ‘tipu’ anak tidak hadir ke sekolah

Saya teringat masa kecil dulu, jarang Abah dan Umi tidak bawak kami berjalan.

Abah bukan ada duit. Gaji sebagai guru sekolah rendah, selepas tolak itu dan ini ada baki RM300, RM400 sahaja.

Setiap minggu Abah bawa berjalan. Pergi pantai. Waktu pagi Umi akan memasak bekal dan kami berkelah di tepi pantai, jimat.

Orang makan celup tepung atau cucuk-cucuk, kami pandang sahaja, tidak beli. Wau pun kadang kala bawa yang dibuat sendiri.

Ada juga masanya beliau bawa kami memancing di sungai di kawasan kampung, tidur hotel memang mustahil ketika itu.

Iklan

Paling kerap kami masuk muzium. Muzium dan pameran ular sebab murah. Hanya RM3 sekali masuk.

Baca juga: #SiBibirMerah: Cuti sekolah, mak jadi “singa”, teruskan demi kebaikan anak

Masa awal-awal saya mendapat penempatan dan mendapat tunggakan gaji guru untuk tiga bulan, saya beli tiket penerbangan untuk Umi dan Abah ke Sabah. Itu kali pertama kami bertiga menaiki kapal terbang.

Sama keadaannya apabila saya bekerja, apabila balik kampung. saya akan bawa Umi dan Abah bersiar-siar bersama adik beradik. Berhabisan duit saya sudah tidak kisah.

Iklan

Sekarang apabila Umi terlantar, saya selalu katakan “Umi, nanti Umi boleh berjalan kita pergi bercuti ya”. Kerana apabila beliau nampak ‘down’, sebut sahaja tentang bercuti bersama-sama

Umi nampak bersemangat semula kerana momen yang beliau cipta bersama anak-anak semasa kami masih kecil terimbau kembali.

Jadi, bawalah anak-anak kalia, biar mereka rasai momen itu.

Baca juga: Bestnya! Wanita kongsi trip 5 sekeluarga naik kereta api, backpack Kajang ke Dabong siap itinerari

Baca juga: Had maksimum yang dibenarkan untuk berkhemah, ‘kaki hiking’ wajib ambil peduli

Sumber: Astiey Nurasiah