MySPR Semak, hanya klik online anda boleh menyemak masa dan lokasi mengundi 12 Ogos 2023 nanti. Lebih mudah, cepat dan jimat masa.

Pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak.

Manakala, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos.

Baca juga: Pilihan raya negeri (PRN): 10 perkara wanita wajib buat mudahkan proses mengundi

Kredit foto: Bernama

Bagi anda yang ingin menyemak masa dan lokasi mengundi, SinarPlus berkongsi langkah-langkah berikut:

1-Klik link https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih

2-Masukkan nombor kad pengenalan12 angka tanpa tanda jarak sempang. Misalnya 98xxxxxxxxxx), bagi perkhidmatan pentera (cth: Txxxxx), bagi Polis (contoh: RFxxxxx/RFSxxxxx/Gxxxxx).

3-Masukkan kod pengesahan CAPTCHA.

4-Klik kotak SEMAK.

5-Maklumat daftar pemilih seperti nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir akan dipaparkan.

6-Informasi berkaitan pengundian termasuk jenis pilihan raya, pusat mengundi, saluran, bilangan, masa mengundi, masa keluar mengundi yang digalakkan dan tarikh pengundian turut terpampang pada seksyen kedua.

7-Turut dipaparkan maklumat daftar pemilih yang telah disahkan iaitu lokaliti, daerah mengundi, Dewan Undangan Negeri, Parlimen dan negeri.

8-SPR menyarankan para pengundi mencatat nombor Saluran dan Bilangan untuk dibawa ke pusat mengundi bagi memudahkan urusan.

Iklan

Baca juga: PRU15: Tanpa IC pun boleh mengundi, ini 5 dokumen lain boleh digunakan

PRN kali ini adalah bagi mengisi kekosongan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 45 kerusi DUN Kelantan, 32 kerusi DUN Terengganu, 40 kerusi DUN Pulau Pinang, 56 kerusi DUN Selangor dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.

Kredit foto: Bernama

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika mendedahkan seramai 9,773,571 juta pengundi layak akan menjalankan tanggungjawab pada PRN di enam negeri.

Diharapkan maklumat ini membantu anda membuang undi dengan lebih efektif tanpa perlu membazirkan masa.

Semoga bermanfaat!

Iklan

Baca juga: PRU15: Keliru buat keputusan? Pendakwah kongsi doa sebelum mengundi calon, parti pilihan

Kredit foto utama: Freepik, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang