NAIK harga lagi! Sebut sahaja Gardenia, buat penggemar roti pastinya sudah dapat membayangkan keenakan dan kelembutan roti putih jenama tersebut.

Tambahan pula, roti Gardenia pernah menjadi antara ‘barang panas’ dan mendapat permintaan sanggat tinggi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Sehingga ada yang dilaporkan roti tak sempat turun lori lagi dah habis kena borong. Fuh dasyat!

Mana tidaknya, selain nasi, roti juga merupakan makanan ruji rakyat Malaysia yang sangat popular.

Namun, baru-baru ini tular di laman sosial sebuah notis memperlihatkan senarai perubahan harga produk-produk Gardenia berkenaan.

Rata-rata orang ramai yang mengeluh kerana sebelum ini, Gardenia sudah menaikkan harganya pada 1 Disember 2021 membabitkan kenaikan 30 sen untuk Original Classic 400g dan 45 sen untuk Original Classic Jumbo 600g.

Menurut Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL), pihaknya akan menyemak semula harga bagi produk-produk Gardenia berkuat kuasa 1 September 2022 ini.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Koh Chin Huat, dalam suratnya kepada peruncit yang menyenaraikan 53 produk keluaran mereka, peningkatan harga terbaharu itu kesan daripada kenaikkan berterusan bahan mentah seperti tepung dan lemak sayuran.

Baca juga Cuti bersalin 98 hari, paterniti 7 hari, waktu kerja 45 jam seminggu ditangguh, 9 info berkaitan

Naik lagi! Ibu-ibu kena tahu, ini harga terbaru roti Gardenia mulai 1 September

Surat itu disahkan Gardenia di laman sosialnya. Katanya, peningkatan kadar pengangkutan sejak beberapa tahun lalu juga menjadi penyebab kenaikan harga.

Iklan

“Kami ingin meyakinkan anda (pelanggan) bahawa perubahan semula harga produk-produk kami akan menjadi pilihan terakhir setelah berusaha sedaya upaya melalui pelbagai cara bagi mencapai kecekapan dan produktiviti.

“Melihatkan keadaan tersebut, kami tidak mempunyai pilihan lain selain menyemak semula harga hanya pada produk-produk yang terjejas,” kata Gardenia dalam maklum balas ulasan pengguna di Facebooknya yang mahu syarikat itu mengesahkan kenaikan harga produk mereka.

Berikut disenaraikan harga baru Roti Gardenia yang berkuatkuasa 1 September 2022 :

  • Gardenia Original Classic daripada RM2.80 kepada RM3.00
  • Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4.00
  • Rangkaian Gardenia Toast’em daripada RM5.00 kepada RM5.50
  • Gardenia Twiggies daripada RM1.80 kepada RM2.00
  • Gardenia Waffles daripada RM1.40 kepada RM1.50
  • Roti Krim Gardenia daripada RM1.00 kepada RM1.10

*Roti Gardenia Bonanza Keluarga masih dikekalkan pada harga RM2.75 sebuku, harga mampu milik untuk roti putih dengan berat 500 gram.

Iklan

Apapun, kita ada banyak pilihan di pasaran. Jadilah pengguna yang bijak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.