BILA perut buncit, memang akan boleh merencatkan gaya pemakaian kita.

Nak naik tangga pun termengah-mengah.

Apa fasal ya perut boleh jadi macam tu? Kadang-kadang dah macam wanita hamil tiga bulan dah.

Jawapannya mudah. Gaya hidup kita yang tidak menentu, pengambilan makanan yang kurang sihat dan jarang bersenam membuatkan lemak mudah berkumpul di bawah kulit.

Mengenai kondisi itu, bukan sahaja wanita ya, malah lelaki tidak terkecuali.

Jangan terlalu risau. Apa kata kita cuba lakukan senaman mudah untuk membakar lemak pada perut.

Buncit
SUMBER SHVETS production daripada PEXELS.

Tip tersebut dikongsikan oleh seorang jurulatih kecergasan yang menggunakan nama lalasweet017 di laman TikTok.

Ujar beliau, senaman itu hanya perlu dilakukan selama lima minit sahaja pada setiap hari.

 

Baca juga: Jangan minum air sejuk nanti perut buncit! Betul ke? Ini ulasan Dr Malar

Berikut dikongsikan langkah-langkahnya:


Cara 1: Crunch perut

-Berdiri dalam keadaan membengkokkan sedikit kaki.
-Letakkan kedua-dua tapak tangan pada bahagian belakang kepala dan gerakkan badan ke hadapan dan ke belakang.
-Ulang langkah sama sebanyak 15 kali.
-Kaedah membongkokkan badan akan mengetatkan otot perut.


Cara 2: High heel squeeze

-Angkat kaki ke aras peha secara bergilir.
-Semasa kaki diangkat, gerakkan kedua-dua tangan dari siku ke arah badan.
-Ulang langkah sama sebanyak 15 kali.
-Teknik tersebut bukan sahaja baik untuk mengempiskan perut malah mampu menguruskan lengan.

Cara 3: Half sit-up
-Duduk di atas permukaan rata.
-Stabilkan badan dan punggung.
-Angkat kedua-dua kaki ke arah badan dalam keadaan berbaring 45 darjah.
-Sekiranya mengalami masalah untuk menstabilkan pergerakan, boleh gunakan alat 4 tube pedal.

-Letakkan kaki pada pedal dan tarik tali ke arah badan.
-Alat tersebut membantu untuk seseorang mendapatkan postur yang betul dan memberi kesan pengempisan perut dua kali ganda.

Iklan

Baca juga: Obesiti bukan sekadar masalah lebih makan atau kurang bersenam semata-mata

Baca juga: Tumor otak dapat dikesan sejak bayi dalam perut. Tiada genetik kanser bukan jaminan si kecil bebas daripada penyakit itu

Melihat kepada langkah yang diberikan, senaman yang dianjurkan oleh wanita tersebut tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan.

Ia juga sesuai untuk dilakukan di rumah sahaja.

Mak-mak yang sibuk dengan tugas harian pun boleh ambil sedikit masa untuk bersenam bagi mengekalkan kesihatan badan untuk jangka masa panjang.

Iklan

Apa lagi, jom bersenam semua! Perut kempis bukan saja buat kita yakin, tetapi menyihatkan tubuh badan dan bebas penyakit.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!