SATU daripada dua dewasa di Malaysia mengalami berat badan berlebihan termasuk obesiti. Punca obesiti adalah kompleks.

Untuk berterusan memberitahu individu yang hidup dengan obesiti supaya kurangkan makan dan lebihkan senaman adalah naif dan primitif.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menurut Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam, Dr Mohamad ‘Ariff Fahmi Ahmad Zawawi, perlu wujud satu anjakan paradigma terhadap obesiti supaya langkah pencegahan dan rawatan yang berkesan serta menyeluruh dapat dilaksanakan.

Menurut beliau, obesiti adalah satu keadaan di mana faktor genetik memainkan peranan yang penting. Tindak balas genetik dengan persekitaran seseorang boleh menyumbang kepada perubahan metabolik dalam tubuh badan yang seterusnya menyebabkan penyakit obesiti.

Namun, malangnya naratif yang sering diulang kepada individu yang hidup dengan obesiti adalah mereka perlu kurangkan makan dan lebihkan bersenam.

Baca juga Hospital Tunku Azizah berjaya pisahkan kembar Siam pramatang pertama di Malaysia

bersenam

“Obesiti adalah penyakit kronik dengan punca yang kompeks dengan kemudaratan yang pelbagai.

“Segelintir masyarakat berpandangan bahawa obesiti adalah satu pilihan hidup yang berpunca daripada kurang disiplin atau lemah semangat,” ujar beliau bersempena World Obesity Day 2022 yang disambut pada 4 Mac 2022 yang lalu.

Akan tetapi, kajian saintifik menunjukkan tubuh badan manusia secara semula jadi lebih cenderung kepada penyimpanan lemak.

Faktor genetik yang mempengaruhi hormon dan kadar metabolic seseorang semakin dikenal pasti sebagai punca utama kepada obesiti.

Ia bukan sekadar masalah malas atau culas untuk bersenam dan bukan juga isu tidak kuat atau tidak pandai menjaga makan semata-mata.

Namun, ia bukan bermakna, disebabkan obesiti berpunca dari faktor genetik, maka obesiti tiada rawatan apatah lagi harapan.

Sebaliknya, wujud rawatan yang menyeluruh dan berkesan melalui perubahan tingkah laku dan gaya hidup serta ubatan dan pembedahan.

Juga, di sebalik segala perhatian yang telah ditumpukan kepada wabak Covid-19 sepanjang dua tahun yang lalu, Dr ‘Ariff Fahmi turut menekankan bahawa obesiti sebenarnya adalah faktor yang penting yang menyebabkan kemudaratan kepada Covid-19.

Bagi setiap satu unit pertambahan Indeks Jisim Badan atau lebih dikenali sebagai BMI, ia membawa kepada pertambahan 12 peratus risiko jangkitan Covid-19 yang teruk.

Kajian menunjukkan individu yang hidup dengan obesiti terdedah kepada 3 kali ganda risiko kemasukan ke hospital dan 2 kali ganda risiko kematian disebabkan oleh Covid-19.

obesiti

Iklan

Baca juga Rasa takut jumpa doktor gigi, jangan terperangkap dengan masalah ‘dental phobia’

Justeru, beliau berpendapat pandangan serong dan prejudis terhadap obesiti dan individu yang hidup dengannya perlu di atasi dengan segera.

Lebih-lebih lagi bersempena tema sambutan Hari Obesiti Sedunia, “Everybody needs to take action”, semua pihak mempunyai peranan yang tersendiri bagi mengawal dan merawat endemik obesiti di Malaysia.

Bermula dari ahli politik dan kerajaan selaku pembuat dasar, pelaksana strategi dan penguatkuasaan undang-undang sehinggalah kepada sektor perniagaan, majikan, pertubuhan masyarakat serta individu yang hidup dengan obesiti, kesemuanya perlu mengambil perhatian yang serius dan memainkan peranan yang sewajarnya bagi mencegah serta merawat obesiti.

Jika dibiarkan berterusan, endemik obesiti yang melanda kanak-kanak dan dewasa di Malaysia akan terus menjejaskan kualiti hidup individu dan masyarakat serta menjejaskan produktiviti negara.

Penyakit obesiti membawa kepada kemudaratan penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi, serangan jantung, sakit sendi, kanser, gangguan emosi, nyanyuk dan sebagainya.

Iklan

Jadi, tidak hairanlah kos rawatan untuk obesiti dan komplikasinya juga semakin meningkat setiap tahun.

Maka, ayuh rakyat Malaysia hulurkan tangan berganding bahu, bekerja bersama bagi menangani endemik obesiti.

Dengan kefahaman yang betul, semua boleh bertindak membantu.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI