“OH gembira, rasanya hati pengembara, dapat pulang bersua dengan yang tersayang. Bersyukurlah… pada Tuhan yang Masa Esa, dapat kita merayakan bersama-sama.”

Begitulah bait-bait lagu Pulang Di Hari Raya nyanyian Noorkumalasari yang kini boleh digambarkan dengan perasaan anak perantau untuk menyambut Aidilfitri kurang seminggu sahaja lagi.

Jangan lupa follow kami Instagram! 

Lagi bertambah menceriakan suasana perayaan apabila semalam sebanyak 30 lebuh raya di seluruh negara akan menawarkan tol percuma dan diskaun sempena sambutan Aidilfitri Selasa depan.

Umum Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, ia akan bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April 2022 (Sabtu) sehingga jam 11:59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

Diskaun itu melibatkan jumlah sebanyak RM77.11 juta dan ia akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat konsesi.

Selaras dengan Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April lalu dan sempena sambutan perayaan Aidilfitri yang dijangka pada 3 Mei 2022, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang pulang berhari raya.

Langkah ini dilakukan selepas rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebih raya.

Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan Lebuh Raya Utara – Selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Baca juga Pengguna risau baki akaun tidak dipapar, transaksi ‘time out’, Maybank maklum Maybank2U, app MAE perlahan jadi punca

Jangan cuba-cuba rentas! Polis semak kadar tol, kompaun menanti

Lagi menarik, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian tol percuma di Lebuh Raya Utara Selatan dan LPT juga akan diberikan untuk pulang semula ke kediaman masing-masing bermula jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 hingga jam 11.59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

Sementara itu, tawaran diskaun tol antara 30 dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya-lebuh raya lain ada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan.

Tarikh dan waktu tawaran tol percuma atau diskaun Aidilfitri;

  • Mulai 30 April 2022 (12.00 tengah malam) hingga 1 Mei 2022 (11.59 malam).
  • Mulai 7 Mei (Sabtu) mulai 12.00 tengah malam – 8 Mei (Ahad) 11.59 malam.

Senarai tol dan diskaun yang ditawarkan;

Iklan

PERCUMA:

  1. PLUS
  2. ELITE
  3. SPDH
  4. BKE
  5. LINKEDUA
  6. JPP
  7. LPT1
  8. LPT2
  9. KLK

50%:

  1. KESAS
  2. LDP
  3. GRANDSAGA
  4. BESRAYA
  5. NPE
  6. AKLEH
  7. MEX
  8. DUKE

Baca juga Pengeluaran khas KWSP RM10,000, zakat RM250 jangan dilupa

Iklan

30%:

  • SMART
  • GUTHRIE
  • LATAR
  • LLB
  • LKSA
  • SILK
  • JPP2
  • SKVE
  • SPRINT
  • LEKAS
  • GRAND SEPADU
  • SDE
  • WCE

Selamat hari raya!

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI