Pengguna risau baki akaun tidak dipapar, transaksi ‘time out’, Maybank maklum Maybank2U, app MAE perlahan jadi punca

A
A
A

MALAYAN Banking Berhad (Maybank) memaklumkan platform perbankan dalam taliannya, Maybank2U sedang menghadapi situasi sukar masa ini.

Menurut catatan yang disiarkan di laman Twitter dan Facebooknya sekitar jam 10.18 pagi, ia menjejaskan laman web Maybank2U serta kedua-dua aplikasi mudah alih M2U MY dan MAE.

Baca juga: Mudah Dan Cepat. Mesin Layan Diri Kini Mampu Memperbaharui Kad Debit Tamat Tempoh

Walaupun tidak mendedahkan keadaan sebenar, bank tersebut menggambarkan kesukaran sebagai ‘kelembapan sekali sekala’ atau intermittent slowness. Sementara itu, Maybank tidak mendedahkan sebarang jangkaan masa aplikasi dan laman web itu akan pulih.

Dalam notisnya kepada pelanggan hari ini, Maybank memberitahu menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin.

Para pengguna mengadu menghadapi masalah untuk ‘log in’ selain mendapati baki akaun yang dipaparkan kosong.

PERKHIDMATAN KAD DEBIT

Dalam masa yang sama, bank tersebut turut memaklumkan perkhidmatan kad debit tidak tersedia buat sementara waktu.

Selain itu, turut dimaklumkan platform pembayaran FPX (Financial Process Exchange) turut terganggu.

 

Para pengguna berharap keadaan itu dapat dipulihkan segera bagi melicinkan urusan perbankan dalam talian.

[KEMASKINI] Kira-kira jam 3.12 petang, Maybank menerusi laman sosial Twitter rasmi memaklumkan aplikasi Maybank2U MY, web Maybank2u beroperasi semula. Penggunaan kad debit juga kembali seperti biasa.

Difahamkan pihaknya kini sedang berusaha memulihkan paparan sejarah transaksi/kad debit pada aplikasi Maybank2U.

Pada jam 5.12 petang, Maybank dalam ciapannya memaklumkan perkhidmatan kad debit dan platform pembayaran FPX (Financial Process Exchange) berfungsi semula.

Sebarang perkembangan terbaru akan dikemaskini kemudian.

Baca juga: Maybank2U versi klasik akan ditamatkan sepenuhnya pada Januari 2022

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca