SASARAN untuk sapu bersih lapan pingat emas dalam acara terjun mampu direalisasi berdasarkan kejayaan atlet negara meraih keputusan positif sejak hari pertama dipertandingkan di Sukan SEA 2021 Hanoi, Vietnam.

Semalam, atlet terjun wanita, Nur Dhabitah Sabri meraih emas dalam acara acara 1 meter (m) papan anjal individu wanita dan pasangan Ooi Tze Liang bersama Chew Yi Wei dalam acara 3 m papan anjal seirama lelaki.

Kemenangan Tze Liang dan Yi Wei memperoleh emas dalam acara terjun tiga meter papan anjal seirama lelaki, sekali gus mempertahankan gelaran juara dalam acara tersebut pada edisi 2019 di Filipina.

Terbaharu, Tze Liang pula muncul menjadi individu yang menyumbang pingat emas ketiga buat negara selepas mempamerkan aksi cemerlang bagi acara 1 meter papan anjal individu.

Pencapaian Tze Liang di Sukan SEA Hanoi itu juga merupakan emas keduanya pada acara kali ini.

Sementara itu, berikut senarai kejayaan membanggakan Ooi Tze Liang;

1. Tze Liang menghadiahkan dua pingat emas buat negara menerusi acara 3m papan anjal individu dan papan anjal seirama bersama gandingannya, Chew Yiwei pada Kejohanan Terjun Grand Prix FINA Kuala Lumpur 2019.

2. Meraih pingat emas acara 10 m platform individu lelaki pada kejohanan Terjun Piala Asia 2015.

Baca juga Rangkul emas pertama acara terjun Sukan SEA 2021, berikut 5 info membanggakan Dhabitah

3. Pemenang dua pingat emas Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Iklan

4. Lelaki Malaysia pertama memenangi pingat emas Komanwel dalam acara terjun apabila memenangi acara 3 meter papan anjal lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2014.

5. Tze Liang telah dianugerahkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM)-Sports Toto Award untuk prestasi cemerlang di Sukan Sea Singapura 2015.

Sukan SEA ke-31 dijadual bermula dari 12 hingga 23 Mei ini dengan beberapa jenis sukan antaranya bola sepak dan terjun memulakan saingan lebih awal.

Iklan

Tahniah buat Nur Dhabitah, Ooi Tze Liang dan Chew Yi Wei dan pasukan Malaysia.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI