Pak cik cabul anak saudara ketika potong bawang didenda RM5,000, ini 6 fakta kes

SEORANG lelaki berjaya ditahan polis selepas didakwa mencabul kehormatan anak saudaranya ketika memotong bawang di dapur.

Lelaki itu yang juga bapa saudara kepada mangsa bertindak mencium dan menunjukkan kemaluan.

Perbuatan keji itu membawa padah apabila dia didenda RM5,000. Berikut fakta kes;

1. Tindakan pekerja buruh mencabul kehormatan anak saudara perempuannya dengan mencium pipi dan menunjukkan kemaluan ketika mangsa memotong bawang di dapur mengundang padah apabila dia didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, pada Isnin.

2. Kejadian tersebut berlaku semasa mangsa sedang memotong bawang di dapur lalu didatangi bapa saudaranya yang berdiri di sebelah kiri.

3. Difahamkan, lelaki tersebut mencabul mangsa dengan menyentuh belakang badan, mencium dan menunjukkan kemaluannya.

Baca juga ‘Biadab’-Budak perempuan dipercayai dicabul ‘teacher’ lelaki tular, warganet mahu keadilan

rogol

 

4. Tertuduh, 49, telah dijatuhkan hukuman oleh Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha setelah mengaku bersalah mencabul kehormatan mangsa berusia 24 tahun di sebuah rumah di Taman Medan.

5. Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

6. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika disabit kesalahan.

Sementara itu, buat wanita atau ibu, bantu anak-anak kita terjebak penderaan seksual;

1. Ajar anak-anak tentang kemungkinan mereka disentuh secara seksual, dan bagaimana membezakan antara sentuhan yang penuh kasih sayang dan sentuhan yang bersifat seksual.

Iklan

2. Jika boleh, minta anak perempuan dan lelaki tidur secara berasingan, terutamanya setelah berumur 10 atau 11 tahun.

Baca juga Penumpang bas ekspres disyaki dicabul pemandu, wanita wajib tahu 5 perkara ini

rogol

3. Pastikan kanak-kanak tahu dengan siapa mereka boleh bercakap sekiranya sesuatu berlaku kepada mereka.

4. Percayalah anak yang mengatakan bahawa dia merasa tidak selesa di sekitar orang dewasa atau anak yang lebih tua — tidak kira siapa orang itu.

Iklan

Langkah berjaga-jaga perlu diambil sebelum perkara yang tidak diingin terjadi baik kepada diri mahupun kepada mereka yang kita kenali.

Semoga kita sentiasa dilindungi olehNYA. Apa yang penting kita perlu bersedia dari awal lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!