‘Biadab’-Budak perempuan dipercayai dicabul ‘teacher’ lelaki tular, warganet mahu keadilan

A
A
A

BIADAB, demikian luah warganet selepas mengikuti hantaran yang tular di laman sosial yang memaparkan perbualan seorang kanak-kanak perempuan menceritakan pencabulan dipercayai dilakukan guru taska lelaki.

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad berkongsi tentang kejadian yang menimpa anak kepada ejen beliau.

Menurut si ibu, anaknya seakan trauma hingga enggan pulang ke rumah kerana bimbang dibawa ke taska tersebut semula.

“Saya perlu terangkan bahawa kami akan balik ke rumah, bukan ke rumah itu (taska). Anak saya menangis dan memberitahu bahagian intimnya sakit selepas balik daripada rumah pengasuh itu.

“Saya fikir banyak aspek mungkin ia disebabkan oleh lampin yang dipakai dan sebagainya. Saya melatihnya agar tidak memberi kebenaran lelaki menyentuh.

“Selepas ditanya siapa yang memegangnya anak beritahu guru berkenaan memegangnya. Saya fikir mungkin guru perempuan atau pengasuh perempuan," ujar si ibu.

Baca juga: 6 perkara ibu bapa wajib ajar pada anak usia 3 tahun ke atas tentang keselamatan diri

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Malah ibu yang dikenali sebagai Ferra mendedahkan si kecil itu cuba mengelak berhadapan dengan lelaki yang didakwa. Malah perubahan emosi juga dapat dilihat.

 

“Bermula dari situ saya perasan apabila guru tersebut yang sambut, dia tidak mahu ke sekolah.

“Baru-baru ini dia memberitahu punggung sakit sehingga saya pun tidak dibenarkan untuk memegangnya. Dia mengadu 'sakit ma, sakit ma'.

“Ia membuatkan saya teringat semula mengenai perkara yang berlaku sebelum ini. Tiga hari kebelakangan ini saya perasan anak banyak termenung,” ujar si ibu.

 

Hafiz mendedahkan pihaknya terkejut dan sedih dengan perkara yang didakwa.

“Saya dan isteri terus ke hospital. Doktor sahkan memang ada kesan pada bahagian intim. Apabila sampai dan tengok tadi, kasihan sangat. Ibunya menangis dan menceritakan anaknya banyak termenung.

“Ini team saya, anak dia saya anggap seperti anak sendiri. Saya serahkan pada pihak polis dan semoga ada tindakan cepat diambil.

“Video ni, saya minta keizinan team saya untuk di kongsi. Saya harap, 'manusia' semakin takut untuk memperlakukan kanak kanak seperti ini. Dengan izinnya, ALLAH sentiasa bersama kalian.

Kredit foto: Pixabay

Baca juga: Penumpang bas ekspres disyaki dicabul pemandu, wanita wajib tahu 5 perkara ini

Baca juga: Ditarik masuk kenderaan, kanak-kanak lelaki trauma dicabul 10 lelaki bertopeng

Suami kepada ‘influencer’, Syafiqah Ainaa itu berkongsi menerusi IG Story memaklumkan beliau menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak polis.

Menurutnya, perkongsian tersebut adalah bagi menimbulkan kesedaran kepada orang ramai tentang pencabulan kepada kanak-kanak dan mahu tindakan pantas dilakukan.

Dalam pada itu, Hafiz turut membuka ruang bagi warganet menyumbang kepada ibu mangsa menerusi Pertubuhan Sahabat Ainaa.

Warga maya meluahkan rasa geram dan amarah susulan pendedahan. Rata-rata mahu si kecil itu mendapat keadilan sewajarnya.

- “Biadab, sampai hati buat budak macam ini.”

- “Ya ALLAH kejamnya manusia bernafsu begini. Sedihnya dengar suara pun boleh nangis.”

- “Tolong bagi lelaki itu pengajaran. Buat dia menyesal seumur hidup.”

- “Boleh dikenakan Seksyen 14(A) Akta Kesalahan - Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.”

- “Berderau darah, betapa penting pendedahan awal siapa boleh sentuh. Semoga yang bersalah diberi hukuman setimpal.”

- "Ya ALLAH tidak sampai hati dengar suara anak ini. Tolong ambil tindakan kepada guru tersebut."

Didik sentuhan selamat dan tidak selamat

Ajar si kecil tentang sentuhan selamat adalah seperti ciuman pada pipi, memeluk dan bersalam. Sentuhan tidak selamat pula berlaku pada bahagian-bahagian sulit pada tubuh.

Terdapat empat tempat sulit yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa sahaja termasuk ibu bapa, guru dan sebagainya iaitu mulut, dada, kemaluan dan punggung.

Jika terdapat individu yang sentuh empat tempat ini, ajar anak untuk menjerit dan menangis sekuat-kuatnya kemudian melaporkan kepada individu boleh dipercayai seperti ibu bapa.

Sebaik-baiknya latih anak yang ke tandas, tidak perlu bergantung kepada lampin pakai buang seawal usia dua tahun.

Baca juga: 4 tahun diperkosa bapa durjana! Gadis, wanita ketahui punca elak kejadian

Baca juga: Didik anak sentuhan selamat, elak gangguan seksual kanak-kanak

Sumber: Hafiz Mahamad

Foto utama: Pixabay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca