AMALAN kerja dari rumah merupakan satu norma baru yang mesti diamalkan dalam sektor pekerjaan akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Sudah masuk minggu ketiga pekerja sektor awam dan swasta di kawasan Perintah Pengawalan Bersyarat (PKPB) seperti Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur diarah bekerja dari rumah.

Tinjauan SinarPlus mendapati pelbagai rungutan mereka di media sosial dan ada yang berhadapan dengan kesukaran apabila mesyuarat terpaksa dilakukan secara dalam talian. Namun, demi mengekang penularan wabak kita semua perlu akur.

Selain itu, sesetengah daripada mereka turut merasa bosan dan penat ketika bekerja di rumah sendiri.

Oleh itu apa kata kali ini korang yang berada di sekitar Klang Valley ini bertukar selera untuk meneruskan kerja dari hotel!

Menariknya, SinarPlus kongsikan lima hotel di Kuala Lumpur yang menawarkan pakej ‘Work From Hotel’ serendah RM19.

Pakej ‘Work From Hotel’ serendah RM19 je! Sesekali ubah selera bagi yang kerja dari rumah

1. OYO Malaysia

OYO Malaysia menawarkan pelbagai jenis hotel dengan penawaran pakej ‘Work From Hotel’ ini dengan harga serendah RM19.

2. Ormond Hotels

Ormond Hotels terletak di Chow Kit, pakej yang ditawarkan hanya RM30 sahaja dan korang akan mendapat minuman kopi ‘free flow’. Pakej ini hanya ditawarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 9 pagi hingga 7 malam.

Artikel berkaitan: Pilihan raya tidak disarankan, tetapi jika terpaksa buat, 5 SOP ini perlu diikuti

Pakej ‘Work From Hotel’ serendah RM19 je! Sesekali ubah selera bagi yang kerja dari rumah

3. HolidayInnExpress Kuala Lumpur

Pakej yang ditawarkan serendah RM85 sahaja dan korang dapat menggunakan kesemua kemudahan hotel yang ada. Bukan itu sahaja, anda juga diberikan sambungan internet dan air kopi tanpa had serta parking secara percuma.

Iklan

4. AnCasa Hotel

Pakej yang ditawarkan adalah RM99 termasuk satu set makanan dari jam 9 pagi hingga 8 malam. Korang hanya perlu tambah RM50 untuk penginapan 2 hari 1 malam.

 

View this post on Instagram

 

Work from Hotel in the Heart of KL Stay abreast with your projects and experience a new mode of collaboration at Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur The offer includes: – Rate starting at RM190 – Additional hour at MYR 20 nett – Executive Room (1 person), Horizon Club Room (up to 2 persons with Horizon Lounge access) or Executive Suite (up to 3 persons with Horizon Lounge access) available 9 hours per day (between 8am to 8pm) – 20% off food and beverage orders and on meeting room – Access to Health Club & Spa – Parking fee will be waived Book direct at +603 2032 2388 or email reservations.slkl@shangri-la.com Your Well-being In Our Care Our commitment to creating a comfortable and safe environment so you can cherish the moments that truly matter. Learn more: https://www.shangri-la.com/group/shangrila-cares #shangrilakl #workfromhotel #shangrilacares

A post shared by Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur (@shangrilakl) on

5. Shangri-La Hotel Kuala Lumpur

Pakej yang ditawarkan agak mahal sedikit berbanding hotel dinyatakan di atas. Shangri-La Hotel menawarkan pakej serendah RM190 dan korang boleh memilih jenis bilik yang bersesuaian
dengan budget anda. Parking percuma dan akan mendapat diskaun sebanyak 20% untuk makanan.

Iklan

Menarik kan! Ayuh kita rebut peluang merasa bekerja dari hotel. Jangan tunggu lagi, call hotel pilihan anda sekarang.