PILIHAN Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Batu Sapi akan tetap diadakan seperti diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak ada kuasa untuk menahan dan menangguh pilihan raya kerana ia sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memetik ungkapan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 27 Oktober lalu, katanya, “Saya rasa kita telah melihat dan mempelajari dari Sabah. Kita harap kita tidak perlu ulangi konsekuens daripada pilihan raya ini di negeri lain.”

Oleh itu, pilihan raya sangat tidak disarankan buat masa ini. Ia jelas kerana peningkatan kes wabak Covid-19 menjadi kebimbangan saban hari.

Artikel berkaitan: Covid-19: Patuhi SOP, ‘vaksin’ terbaik perangi wabak

Namun demikian, jika ia terpaksa dilaksanakan juga, tatacara operasi standard (SOP) lebih ketat perlu dilakukan.

Merujuk Facebook Public Health Malaysia, berikut saranannya:
1. Tiada rentas sempadan
2. Tiada rentas daerah
3. Tidak boleh balik kampung
4. Tidak boleh berhimpun
5. Tiada lawatan rumah ke rumah

Terdahulu SPR telah menetapkan 5 Disember akan datang sebagai tarikh PRK Parlimen, Batu Sapi, Sabah.

Iklan

Kerusi berkenaan kosong susulan kematian penyandang, Datuk Liew Vui Keong dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada 2 Oktober lalu.

Apa-apapun ia hanyalah sekadar pandangan yang pastinya mempunyai pelbagai pro dan kontranya.

Iklan

Semoga jalan penyelesaian terbaik dapat dirungkai seiring isu kesihatan kini.

Foto: BERNAMA