Pelajar Tingkatan 3 baru pulih kanser dipukul, disepak 7 lelaki cetus amarah ramai

KEJADIAN buli dan gaduh melibatkan pelajar remaja tiada nokhtahnya. Semakin hari semakin berleluasa.

Semalam, video seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dipukul dan disepak sekumpulan remaja lain menjadi tular selepas dikongsikan seorang pengguna Twitter @ciraplaici.

“Lagi kes buli, kali ini budak yang kena buli tu anak kawan mak aku… memang c*****,” ciapnya ringkas.

Menerusi rakaman video, penyerang mengenakan seragam latihan bagi kadet polis.

Bukan itu sahaja, difahamkan remaja berkenaan telah lama menjadi mangsa buli malah dikatakan baru sahaja pulih daripada kanser.

Dalam perkembangan terbaru, menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berikut insiden yang berlaku;

1. Hasil siasatan awal mendapati suspek utama tidak berpuas hati dengan mangsa yang dipercayai berkawan dengan teman wanitanya.

2. Pihaknya mengesahkan kejadian itu selepas menerima laporan polis pada jam 4.09 petang semalam oleh mangsa yang mendakwa dia dipukul, ditendang, dipijak, disepak dan ditumbuk beberapa kali di perut, belakang badan, paha serta lengan kiri dan kanan.

3. Suspek adalah enam remaja lelaki tempatan dan seorang remaja lelaki warga asing semuanya berusia antara 14 hingga 17 tahun.

Baca juga Kes buli sampai tahap membunuh! Ini 5 kejadian kejam yang buat netizen panas hati

kes buli

 

4. Kejadian dipercayai berlaku di tempat awam dekat kawasan Taman Bestari Indah di Johor Baharu, jam 3 petang 9 Ogos lalu dan pengadu mengalami cedera lebam di bahagian lengan kiri dan kanan, bengkak di bahagian peha sebelah kanan dan mengalami kesakitan di keseluruhan tubuh badan.

5. Bertindak atas maklumat, antara jam 5.30 petang hingga 9.34 malam semalam, polis menyerbu enam lokasi berbeza di sekitar daerah ini.

6. Hasil serbuan berjaya menahan enam suspek lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing. Polis turut membuat beberapa rampasan iaitu sehelai jersi warna biru, tiga helai t-shirt lengan panjang warna biru gelap, sehelai t-shirt lengan pendek warna hitam dan sebuah telefon bimbit.

7. Tujuh suspek dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan tempoh reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 kanun keseksaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee TSE dalam kenyataan medianya menyatakan kejadian itu berlaku pada minggu lalu.

“Saya telah menghubungi sekolah terbabit, pengetua telah mengesahkan kejadian ini berlaku pada minggu lepas. Susulan itu, satu siasatan sedang dijalankan pihak polis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor dan tindakan tegas akan diambil kepada pelaku.

“Bagi mengelak kes sebegini berulang, saya akan bekerjasama dengan polis, sekolah dan jabatan pendidikan untuk laksanakan program pencegahan seperti kempen kesedaran, ceramah keibubapaan dan program kaunseling.

Iklan

“Masyarakat khususnya ibu bapa perlu sama-sama berganding bahu untuk menangani masalah ini kerana mereka mempunyai peranan besar dalam pastikan anak-anak selamat dan tidak menjadi pelaku kepada perbuatan buli,” katanya.

Baca juga #SiBibirMerah: Ibu risau kes buli di sekolah, cegahlah pembulian seawal kecil didikan dari rumah

Baru 11 tahun tapi dah murung teruk. Dihambur dengan bahasa kesat ketika PDPR jadi punca

Kejadian itu turut mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya meluahkan rasa amarah, tambah lagi jika berlaku pada anak sendiri.

“Sebab itu pentingnya belajar silat mana-mana yang dah ada anak nanti, hantarkan anak pergi belajar silat.”

“Kalau anak aku, siap satu-satu aku masukkan dalam guni dan tinggalkan kat kubur biar insaf.”

“Tolonglah mak bapak didik anak betul-betul kat rumah, ni perangai nampak sangat kurang kasih sayang and tak dapat attention.”

Iklan

“Kesian sungguh, baru baik daripada kanser ken pula macam tu, moga dia kuat dan tak trauma.”

“Kenapa manusia… kena banyak belajar sabar dan reda. Baru remaja pun ada baran!”

Moga mendapat hukuman yang seadilnya. “Say NO to buli”.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!