SEMUA maklum, bagi membantu mengurangkan beban kewangan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terkesan Covid-19 dan bencana banjir, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) 2021 pada 18 Januari lalu.

Antara intipatinya adalah bayaran interim berjumlah RM1,000 yang dibayar lebih awal kepada pemohon i-Sinar Kategori 2.

Kini, pencarum yang memohon kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 itu akan menerima pembayaran berperingkat mulai semalam, 26 Januari 2021.

Jumlah pembayaran interim adalah sehingga RM1,000 yang merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang dipohon (tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 ahli) dan diberikan sementara menunggu KWSP melengkapkan proses semakan permohonan tersebut.

Menurut KWSP, pembayaran dibuat mengikut kaedah pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa satu hingga tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur bank masing-masing.

KWSP membuat pindahan ke bank dan bank pula akan membuat pindahan ke akaun korang.

Bagi mereka yang belum mengisi borang permohonan dan berhajat ingin berbuat demikian, pembayaran interim akan diberikan dalam masa tujuh hari dari tarikh permohonan dibuat.

Jadi, tak perlu tunggu lagi! Boleh memohon sekarang di isinar.kwsp.gov.my

Namun, perlu diingat, pencarum mesti membuat pengisytiharan kendiri* mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas serta telah memuat naik dokumen sokongan secara dalam talian.

Sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar dan tidak disokong dengan dokumen pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas yang sahih, KWSP akan menghentikan pembayaran seterusnya.

Iklan

Pembayaran interim RM1,000 pemohon Kategori 2 i-Sinar sudah bermula

Terdahulu, i-Sinar adalah kemudahan yang diberikan untuk ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis Covid-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Baca juga Selangor tawar 10,000 peluang pekerjaan bagi mereka yang terkesan akibat Covid-19

Iklan

Kategori 2 ini adalah untuk ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (ini termasuklah jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848. Namun, sekiranya korang perlu hadir ke cawangan, pastikan buat Janji Temu Online (JTO).