SEMALAM Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan sesi persekolahan baharu untuk penggal ke tiga (2021/2022) bagi tahun ini.

Sesi tersebut adalah bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A manakala bagi sekolah di Kumpulan B mulai 3 Januari hingga 20 Mac 2022.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

*Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

*Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sesi persekolahan penggal tiga KPM adalah dijadualkan susulan pandemik Covid-19 melanda negara.

Penangguhan tersebut bertujuan membantu murid-murid menguasai silibus yang tercicir ketika sekolah ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Baca juga 5 tanda anak-anak punyai pemikiran tanpa batasan. Jangan marah jika senduk, periuk jadi bahan experimentasi mereka

Sekolah sesi 2022 bermula 21 Mac buat ramai keliru, ini info senang nak hadam

Malah dalam kenyataan media sebelum ini, Menterinya, Dr Radzi Jidin telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2022 akan dianjakkan kepada bulan Mac, berbanding bulan Januari seperti selalu.

Walaupun telah dimaklumkan awal, orang ramai khususnya ibu bapa dilihat sedikit keliru dengan pengumuman takwim persekolahan atau Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 yang baharu semalam.

Ramai yang mengatakan pening dengan takwim yang baharu yang dikeluarkan.

Ujar mereka;

“Anak aku darjah 1… kena masuk darjah 2 atau kena ulang balik darjah 1 dia?”

“Silibus sekolah dah habis untuk tahun 2021, tapi masih lagi naik 2022…”

“Penggal sekolah dah tak berpandukan tahun. Sedikit keliru dan celaru.”

“Tulah asyik komplen PdPR… nak sangat sekolahkan anak yang tak ada exam penilaian. Ni aku jelaskan
cuti Disember ni cuti akhir tahun. Masuk tahun 2022 awal bulan dah sekolah bersemuka sambungan untuk sesi 2021 yang dah lama cuti tu so siapa yang darjah 5 kekal darjah 5 sehingga Mac 2022… faham?”

“Pelik sekolah dua minggu cuti pula ingat sekali sekolah tak kena keluar duit ka? Beban berapa kali nak bagi dekat setiap keluarga?”

Justeru buat ibu bapa semua, tak perlu pening dan keliru, ini info penting yang mudah nak faham;

sekolah

1. Sesi sekolah sekarang (2021/2022) akan berakhir 10 Disember ini. Cuti sekolah pada 11 Disember hingga 1 Januari 2022.

Iklan

2. Sesi sekolah penggal tiga (2021/2022) pada 2 Januari hingga 25 Febuari 2022.

3. Cuti penggal tiga bermula 26 Febuari hingga 20 Mac 2021.

4. Penggal satu (2022/2023) bermula pada 21 Mac hingga 3 Jun 2022.

4. Cuti penggal satu (2022/2023) pada 4 hingga 12 Jun 2022.

Iklan

Baca juga Uniform, kasut sekolah ketat. KPM saran baju biasa asal kemas, sopan sehingga hujung tahun

5. Penggal dua (2022/2023) bermula 13 Jun hingga 2 September 2022.

6. Cuti penggal dua pada 3 hingga 11 September 2022.

7. Sesi penggal tiga (2022/2023) bermula 12 September hingga 9 Disember 2022.

8. Cuti penggal tiga pula pada 10 hingga 31 Disember 2022.

9. Sambung sekolah penggal tiga pada 3 Januari hingga 17 Febuari 2023.

10. Cuti akhir persekolahan sesi 2022/2023 bermula 18 Febuari hinga 12 Mac 2023.

Sementara itu, jadual Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 sudah boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim.

Moga ALLAH membantu memudahkan semua urusan anak-anak kita bersekolah sebaiknya, insya-ALLAH.

Semoga bermanfaat!