Peragut sentiasa tunggu peluang, fahami perkara penting ini supaya tidak jadi mangsa

A
A
A

SEMALAM tular satu rakaman video litar tertutup (CCTV) di media sosial memperlihatkan seorang mangsa ragut juga merupakan seorang guru berhadapan situasi cemas.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun yang berada di parkir kereta tiba-tiba didatangi suspek yang menaiki motosikal dan bersenjatakan parang.

Akibat panik, wanita itu merayu kepada peragut tersebut supaya dia tidak di apa-apakan dan turut menjerit meminta tolong.

“Saya apa pun tak ada.. apa pun tak ada.. tolong..,” rayu wanita tersebut.

Namun, rayuannya tidak diendahkan dan suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha nekad bertindak mengacukan parang kepada mangsa dan merentap beg tangannya sehingga mangsa terjatuh.

Susulan kejadian tersebut mangsa mengalami kecederaan bengkak pada bahagian kepala, lebam di lengan dan lutut serta sakit di bahagian atas paha dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Peragut sentiasa tunggu peluang, fahami perkara penting ini supaya tidak jadi mangsaMemetik laporan media tempatan, suspek berusia 25 tahun itu berjaya ditahan di Kampung Sijangkang jam 4 petang pada hari yang sama susulan maklumat orang ramai dan hasil siasatan rakaman CCTV yang tular tersebut.

Kejadian itu telah membawa satu lagi amaran kepada kaum wanita khususnya supaya lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian mereka terutama ketika berada di tempat yang sunyi.

Kenapa hanya wanita yang menjadi mangsa kebanyakan kes ragut?

Banyak pihak apabila memperkatakan tentang jenayah ragut ini meletakkan kesalahan kepada wanita kerana leka dan tidak peka kepada jenayah yang akan mereka hadapi.

Menurut mereka peragut terpanggil melakukan jenayah kerana didorong oleh penampilan mangsa yang membawa beg tangan dengan penuh gaya tanpa memikirkan keselamatan atau memakai barang kemas yang tidak sepatutnya semasa berada di tempat awam.

Peragut sentiasa tunggu peluang, fahami perkara penting ini supaya tidak jadi mangsaMemetik kenyataan Pensyarah Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Mahmood Nazar Mohamad pernah berkata, Jenayah ragut kini sama kejamnya dengan jenayah genre lain seperti rogol dan pembunuhan kejam yang dilakukan kepada wanita.

Sudah sampai masanya wanita memberi perhatian serius terhadap perkara ini dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila berada di luar rumah terutama di tempat awam.

Wanita perlu peka dan menanamkan dalam jiwa mereka bahawa kes ragut kini adalah serius dan kemungkinan akan berlaku kepada diri mereka pada bila-bila masa.

Selama ini wanita terkenal dengan sikap mengambil mudah dan berperasaan tidak apa.

Apa akan kita lakukan apabila berdepan situasi bahaya seperti itu?

Pertama, pasti kita panik dan tertekan hingga menyebabkan seluruh badan lemah dan ada kalanya mencetus pemikiran yang kurang bijak ketika berhadapan penjenayah.

Tidak kurang juga yang berasa ego dengan melawan penjenayah tanpa menyedari tindakan itu hanya akan menyebabkan kebarangkalian dicederakan meningkat kerana menunjukkan reaksi ‘bersedia’ untuk berlawan.

Awas! Jangan sesekali ego atau melawan penjenayah yang menggunakan sebarang senjata kerana mereka mampu bertindak di luar jangkaan apabila hilang pertimbangan.

Nyawa dan keselamatan itu jauh lebih penting jika nak dibandingkan dengan harta dan wang ringgit.

Setiap wanita patut memulakan usaha melengkapkan diri dengan langkah-langkah keselamatan sewajarnya.

Contohnya apabila hendak ke tempat meletak kereta, pastikan korang telah bersedia untuk melakukan sesuatu apabila diserang.

Pada masa yang sama, korang juga harus peka kepada keadaan keliling serta mengawasi orang-orang yang mencurigakan di samping berusaha mendapatkan maklumat tentang cara-cara mengendong beg yang betul, cara berjalan dan elakkan daripada menghampiri kawasan yang tidak perlu.

Sebagai contohnya, apabila berjalan di kaki lima jalan, pastikan beg tangan yang dipegang atau dikendong berada pada sebelah kiri.

Ini bagi menghalang peragut daripada menghampiri dengan mudah untuk merentap beg tangan yang sedang disandang atau dipegang itu.

Setiap wanita juga perlu membina kesedaran untuk sentiasa berhati-hati tidak kira masa dan tempat.

Bagi mereka yang pernah mengalaminya, hendaklah berhati-hati supaya kejadian itu tidak akan berulang.

Sehubungan itu, wanita harus mempelajari seni mempertahankan diri untuk berdepan dengan peragut sekiranya mengalaminya.

Dalam hubungan ini, korang perlu bijak membuat keputusan pada saat itu sama ada hendak melepaskan beg yang diragut atau mempertahankan beg tersebut bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Lebih baik seharusnya tidak membawa dokumen penting dan wang tunai yang banyak di dalam beg tangan kerana peragut lebih gemar meragut beg tangan berbanding barang kemas.

Begitu juga dengan barang kemas, kalau hendak pakai juga biarlah patut padan kecuali jika berada di tempat yang terjamin selamat.

Jadi, sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekelilingan supaya korang bukan mangsa seterusnya.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca