Perbaharui lesen memandu online melalui myEG mulai 16 Oktober ini

A
A
A

SEBAGAI suatu inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan norma baharu, Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) akan laksanakan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Motosikal dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) secara atas talian.

Menerusi kenyataan medianya, pembaharuan lesen tersebut melalui sistem myEG.

Pemegang Lesen Kenderaan Motor (LKM) Motosikal boleh memperbaharui lesen bermula 9 Oktober 2020 menerusi sistem myEG, manakala pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh memperbaharui lesen mereka bermula 16 Oktober 2020 ini.

Lesen memandu CDL merupakan lesen penuh yang dinaik taraf daripada lesen percubaan selepas dua tahun.

Tambahan pula, lesen memandu CDL boleh diperbaharui setiap satu, dua, tiga, atau lima tahun.

Artikel berkaitan: OU sanitasi seluruh bangunan, rakan sekerja dikuarantin dengan ketat

Namun, pembaharuan lesen secara atas talian ini tidak termasuk bagi Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).

Selain itu, pada waktu ini, perkhidmatan atas talian melalui sistem myEG adalah bagi urusan pembaharuan LKM bagi kereta persendirian sahaja.

Pada tempoh PKP lalu, beberapa perkhimatan JPJ telah terganggu disebabkan penutupan kaunter JPJ akibat pandemik Covid-19.

Justeru, melalui inisiatif ini, perkhidmatan JPJ akan menjadi lebih cekap bagi memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat.

Jadi, selepas ini korang tidak perlu lagi ke kaunter JPJ untuk sambung lesesn, hanya boleh online sahaja di rumah.

Perbaharui lesen memandu online melalui myEG mulai 16 Oktober ini

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca