‘TIADA apa perlu dikesalkan, anak saya pergi sebagai wira negara.’

Demikian luahan sayu Mohamad Borak, 71, bapa kepada Komander Muhamad Amir, 44, yang merupakan mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Muhamad Amir yang juga Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM merupakan juruterbang pesawat Fennec yang terlibat nahas ketika mengikuti latihan sempena hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut bersama Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139).

Baca juga: Jasad cuma cedera di kepala, Nurfarahimi bakal tamatkan perkhidmatan beberapa bulan lagi, luah teringin naik helikopter sebelum pencen

Baca juga: Terkorban nahas helikopter, warganet sayu melihat dua anak kecil Joanna Felicia. ‘Jasamu akan dikenang wirawati negara’

Baca juga: Terjunam selepas berlanggar di udara, 2 helikopter TLDM terhempas di Lumut, Perak

Baca juga: ‘Lambaian penuh makna…’ Hantaran Facebook kru Skuadron 503 meruntun hati warga maya

Baca juga: ‘Berbahagialah, aku tidak akan mengganggu lag… Seperti satu petanda, status WhatsApp milik juruterbang helikopter bertembung di Lumut tular

‘Saya doakan mudah-mudahan dia (Muhammad Amir) dapat mati syahid’- Bapa

Mengetahui berita tragedi menimpa anaknya selepas dimaklumkan oleh salah seorang Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Kampung, Mohamad reda pemergian Muhammad Amir dalam menjalankan tugas sebagai perwira negara.

“Sebagai bapa, tentulah saya terkejut apabila menerima berita demikian, tetapi kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku kerana ini adalah resam sebagai pejuang negara.

“Saya juga bekas Askar Wataniah dan apabila rakan-rakan tanya tentang (perasaan) saya ketika ini saya cuma jawab ‘anak saya wira negara’,” katanya ketika ditemui dikediamannya di Felcra Bukit Kepong”.

BANYAK BERBAKTI KEPADA KELUARGA

Menurut laporan Astro Awani, kali terakhir anak kedua daripada sembilan adik-beradik itu bersama ibu bapa dan keluarga ialah pada hari raya Aidilfitri.

Jelas si bapa, Allahyarham Muhammad Amir ceria dan tidak menunjukkan sebarang sikap luar biasa.

“Apabila kami berkumpul beramai-ramai, Allahyarham seperti biasa sahaja kerana sejak dahulu dia memang yang sentiasa menceriakan suasana dan kalau dia balik kampung tentu rumah kami akan riuh.

Baca juga: Suami sepupu Eyra Hazali salah seorang korban helikopter bertembung di TLDM Lumut

Baca juga:‘Last dah,takut tak dan.’ Ajak bergambar, nasi berlaukkan ikan masin & telur, permintaan terakhir mangsa nahas helikopter kepada kakak

Baca juga: Leftenan T Sivasutan mangsa nahas helikopter, baharu tiga bulan mendirikan rumah tangga. ‘Abang sangat baik, minat TLDM’

“Jadi, saya anggap ini satu kemalangan biasa sebagai pejuang negara dan tidak perlu menuding jari siapa salah,”jelasnya.

Dalam pada itu Mohamad juga tidak melupakan bakti yang diberikan Allahyarham dalam menyara keluarga.

“Allahyarham banyak membantu menanggung keluarga terutama perbelajaan adik-adik yang bersekolah sebelum ini.

“Sikap mengambil berat membuatkan arwah begitu rapat dengan adik-beradik,” katanya.

Baca juga: “Bintangku tinggi di atas…”Status terakhir FB Kapten Affendi Bustamy jadi perhatian, terima anugerah seminggu sebelum terkorban

SUDAH 20 TAHUN BERSAMA TLDM

Manakala adik Allahyarham, Marhamah Mohamad, 36, berkata abangnya pada setiap tahun akan menyertai lintas hormat Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tidak menyangka semalam adalah yang terakhir.

“Setiap tahun abang Amir memang akan sertai raptai sempena sambutan ulang tahun TLDM. Abang sudah menyertai TLDM lebih 20 tahun dan menjadi inspirasi kepada saya terlibat dengan TLDM.

Iklan

“Kini, saya merupakan seorang anggota Pasukan Simpanan Sukarela TLDM di Johor Bahru,” katanya.

Mengenang kembali abang tersayang, jurutera perisian itu mengakui Allahyarham seorang yang tegas, mengambil berat dan membantu menanggung perbelanjaan persekolah adik-beradiknya.

PENYAYANG & SENTIASA PENUHI KEPERLUAN ANAK

Pemergian Allahyarham Muhammad Amir meninggalkan seorang balu, Marliyati Basri dan tiga cahaya mata berusia tiga hingga 16 tahjun.

Anak sulungnya, Nuraina Farhana, berkata beliau sedang mengikuti kelas pastri di sekolahnya apabila dimaklumkan bapanya terkorban dalam nahas helikopter tersebut.

Pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar itu berkata, beliau yang tinggal di asrama menerima panggilan berkenaan daripada gurunya.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan ayah pada Ahad lepas, namun dia tidak pesan apa-apa. Semuanya macam biasa sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Iklan

Menurut Nuraina Farhana, Allahyarham bapanya seorang yang tidak banyak bercakap dan sentiasa memenuhi keperluan dan permintaan anak.

“Kenangan yang akan saya ingat ialah ayah selalu bawa main futsal semasa saya masih kecil,” katanya.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Bukit Kepong.

Terdahulu media melaporkan dua buah helikopter milik TLDM bertembung diudara ketika menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Kejadian itu menyebabkan 10 anggota termasuk arwah, terkorban.

Kesemua mereka diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat TLDM.Sumber: Bernama, ASTRO Awani, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!