JANGKITAN Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira umur, latar-belakang ataupun lokasi.

Baru-baru ini dilaporkan barisan petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Selangor disahkan positif Covid-19 selepas saringan beramai-ramai dijalankan pada 10 Julai lalu.

Berikutan itu PPV IDCC ditutup selama sehari pada hari ini.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan itu dilaksanakan bagi kerja-kerja sanitasi selepas memperoleh keputusan ujian saringan Covid-19 malam tadi.

Dalam pada itu, pihak CITF juga menyatakan janji temu vaksinasi sepatutnya berlangsung hari ini dijadualkan semula pada satu tarikh yang akan dimaklumkan secepat mungkin.

Sementara itu, Menteri Penyelaras Program Imuninasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin mengesahkan seramai 204 petugas di PPV tersebut positif Covid-19.

Mengapa vaksin Pfizer diguna di bandar manakala AstraZeneca untuk luar bandar, ini jawapan KJ

Justeru beliau memohon orang ramai yang hadir mendapatkan suntikan vaksin di IDCC Shah Alam antara 9 hingga 12 Julai diminta melakukan kawalan kendiri dan memantau gejala selama 10 hari.

Terdahulu, tersebar melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp mengenai seorang lelaki yang disahkan positif Covid-19 selepas hadir mendapatkan vaksin di PPV IDCC.

Sehubungan itu, dipercayai anak kepada lelaki terbabit meminta sesiapa yang hadir mendapatkan vaksinasi antara jam 5.30 hingga 6.30 petang pada tarikh tidak dinyatakan supaya melakukan swab berikutan bapanya dikesan positif sehari kemudian.

Iklan

Pada Khamis lalu, proses vaksinasi di PPV Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Serdang turut dihentikan beberapa jam selepas seorang peserta positif Covid-19 hadir ke sana.

Oleh demikian, korang yang hadir mendapatkan vaksin Covid-19 di PPV sila SOP ditetapkan. Pastikan memakai pelitup muka dua lapis dan membawa bersama sanitizer.

Baca juga “Alhamdullilah seronok mak saya dengar, boleh tunai haji” – penerima lega, Arab Saudi iktiraf vaksin Sinovac

Iklan

Jika disahkan positif Covid-19 jangan sesekali keluar rumah kerana sikap pentingkan diri akan memudaratkan orang lain kelak. #kitajagakita

Kronologi Covid-19 PPV IDCC:

  • 10 Julai 2021: Semua petugas disaring
  • 11-12 Julai : PPV beroperasi seperti biasa
  • 12 Julai (11 malam): Seramai 204 petugas PPV IDCC positif Covid-19 dan dimaklumkan kepada Khairy
  • 13 Julai: Sidang media khas PPV IDCC diadakan mengumumkan penutupan selama sehari
  • 14 Julai: PPV IDCC dijadualkan akan beroperasi seperti biasa

Sumber: Telegram Covid-19 Malaysia