MASJID Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu.

Masjid Kristal dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Bagi korang yang pernah menjejakkan kaki ke masjid itu akan dapat merasai pengalaman berbeza kerana seni binanya yang unik dan dewan solat berbentuk segi empat selain penggunaan bahan binaan berlainan berbanding masjid lain di negara ini.

Pun begitu, masjid yang bernilai RM22 juta ringgit dan pernah dinobatkan sebagai masjid ketiga tercantik di dunia itu kini semakin uzur dan sepi.

Ia berikutan mengalami kebocoran bumbung serta kerosakan 28 cermin kubah sejak 2017 yang lalu dan mengambil masa yang lama untuk dibaiki berikutan kekangan kewangan.

Justeru, keadaan tersebut membuatkan pengunjung yang melawat negeri itu berasa kesal kerana hanya berpeluang melihat keindahan masjid dari luar sahaja.

Baca juga [VIDEO] Dapat lesen masa 60 tahun, nenek 83 tahun ‘steady’ pandu kereta, raih perhatian warganet

Pengunjung yang datang ternyata kecewa kerana tidak dapat menunaikan solat dan menikmati keindahan di dalam masjid yang dikatakan retak menanti belah itu.

Masjid Kristal ke-3 tercantik di dunia semakin uzur, sepi, baik pulih siap menjelang Ramadan

Sementara itu, menurut portal tempatan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) menyatakan, kerja membaiki sebahagian besar kerosakan masjid berkenaan sedang dijalankan.

“Dua kerosakan besar yang berlaku kepada masjid berkenaan iaitu kebocoran bumbung serta kerosakan 28 cermin kubah yang dikenal pasti sejak 2017 sudah siap sepenuhnya.

“Kerajaan negeri turut memberi peruntukan kepada PMINT untuk kerja membaiki dinding parapet, siling dan elektrikal.

“Kerja baik pulih yang sepatutnya siap lebih awal tertangguh disebabkan beberapa masalah termasuk kekangan peruntukan, kontraktor dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP),” tulis kenyataan tersebut.

Difahamkan kerja baik pulih berkenaan akan siap sebelum menjelang Ramadan ini dan boleh diimarahkan untuk solat lima waktu, solat terawih serta sunat Aidilfitri.

Info Masjid Kristal;

Iklan

1. Masjid Kristal yang dibina dengan kos RM22 juta itu menjadi antara ikon pelancongan negeri kerana seni bina yang unik menggunakan kaca dan keluli selain dibina di tebing Sungai Terengganu.

2. Masjid yang pernah dinobatkan sebagai masjid ketiga tercantik di dunia dan diiktiraf sebagai masjid pintar pertama di negara ini dirasmikan Yang Di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 2008.

3. Mempunyai 51 kubah dan lengkap dengan empat menara sudah cukup mengambarkan kehebatan seni bina Islam Moorish yang cuba diterapkan pada pembinaannya.

Iklan

Baca juga Tiada PKP menjelang Aidilfitri hanya PKPD kawasan terlibat, orang ramai lega

4. Masjid Kristal boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Qur’an elektronik.

5. Masjid Kristal juga menjadi pelengkap kepada 21 monumen seni bina tamadun Islam seperti Kubah As Sakhra di Palestin, Masjidil Haram (Arab Saudi), Masjid Al-Hambra Citadel (Sepanyol), Taj Mahal (India), Menara Kalyan (Uzbekistan), Masjid Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Mesir), Masjid Qairawan (Tunisia), Masjid Allepo Citadel (Syria) dan Masjid Kul Syarif (Rusia) di TTI.