JUMLAH kes positif Covid-19 semakin meningkat setiap hari. Malah kes baharu melebihi 20,000 di seluruh negara dicatatkan selama dua hari berturut-turut.

Dalam perkembangan terbaru, pesakit yang disahkan positif Covid-19 tidak perlu ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) sekiranya tidak bergejala.

Keputusan ujian akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera atau pesakit sendiri boleh melaporkan hasil ujian positif Covid-19 melalui aplikasi berkenaan.

Baca juga Orang Ramai Kini Boleh Beli Kit Ujian Kendiri Covid-19 Menerusi Aplikasi MySejahtera. Ini Caranya

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth memberikan maklumat terbaru pengurusan kes Covid-19 di Greater Klang Valley.

Dalam perkembangan terbaru menerusi laman sosial Instagram @myhealthkkm dan Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth, berikut adalah perkara yang perlu dilakukan pesakit disahkan positif Covid-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MyHEALTH (@myhealthkkm)

1. KUARANTIN DI TEMPAT KEDIAMAN

Pesakit tidak perlu ke CAC sekiranya tidak bergejala atau mengalami gejala ringan.

Pesakit juga tidak perlu berbuat demikian sekiranya bukan dari golongan berisiko. Bagi pesakit yang berisiko tinggi iaitu warga emas berumur 60 tahun ke atas, mengalami obesiti (berat melebihi 95kg bagi lelaki dan 85kg bagi perempuan), ibu hamil, bayi berumur kurang dari satu bulan serta pesakit kegagalan buah pinggang, mereka perlu ke CAC walaupun tidak mengalami gejala Covid-19.

Pesakit perlu menjalani isolasi dengan serta merta selama 10 hari. Perlu cuba seboleh mungkin untuk mengasingkan diri anda dari daripada penghuni rumah yang lain.

2. DIGITAL HSO

Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah atau Home Surveillance Order (HSO) digital akan diberi melalui aplikasi MySejahtera.

Digital HSO berfungsi sebagai peringatan bahawa mereka masih tertakluk dalam pengawasan HSO walaupun tidak memakai gelang pengawasan.

3. LENGKAPKAN HOME ASSESSMENT TOOL (HAT) DALAM MYSEJAHTERA

Pesakit perlu memuat turun dan mendaftar di MySejahtera supaya boleh dihubungi pihak KKM. Mereka juga perlu melakukan pemantauan kendiri setiap hari menggunakan Home Assessment Tool (HAT) dalam MySejahtera setiap hari supaya boleh dipantau pihak KKM.

Iklan

Pesakit akan menerima SMS atau panggilan telefon sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap jari.

4. PENILAIAN KENDIRI PESAKIT DIPANTAI CAC MAYA

Pesakit yang perlu ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) fizikal berdekatan untuk penilaian lanjut akan diberi notifikasi di MySejahtera atau dihubungi Pusat Panggilan CAC melalui SMS atau panggilan telefon.

5. JIKA GEJALA SEMAKIN TERUK

Bagaimanapun, sekiranya gejala menjadi semakin teruk seperti sesak nafas dan memerlukan rawatan kecemasan, pesakit perlu bertindak segera ke hospital terdekat tanpa perlu menunggu panggilan telefon daripada CAC Maya.

Baca juga Covid-19: Kenali Simptom Utama Mengikut 4 Situasi Dan Senarai Kit Ujian Yang Kita Boleh Buat Di Rumah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MyHEALTH (@myhealthkkm)

Iklan

Sekiranya pesakit kekal tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan dalam tempoh isolasi di kediaman, mereka hanya perlu meneruskan pemantauan kendiri setiap hari.

Bagi pesakit yang memerlukan bantuan, mereka boleh menghubungi CAC Helpline di talian 03-7723 9299 dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MyHEALTH (@myhealthkkm)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, korang boleh melayari covid-19.moh.gov.my. Diharapkan maklumat yang dikongsikan dapat membantu kita melalui saat penularan Covid-19 yang memuncak ketika ini.

Sumber: Instagram @myhealthkkm, Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth,