Petai kecut jangan dibuang, buat petua ini untuk segar, saiz membesar & kurangkan bau
Petai kecut jangan dibuang, buat petua ini untuk segar, saiz membesar & kurangkan bau
PETAI adalah ulam yang digemari ramai. Biarpun baunya agak kuat atau sedikit ‘busuk’ yang kadangkala tidak digemari oleh sesetengah individu.
Di pasaran, buah petai dijual dalam kuantiti yang banyak mengikut papan dan ada juga yang dijual di dalam paket.
Biasa jika petai itu lama terdedah ia akan menjadi sedikit kecut. Harganya juga sedikit murah daripada petai segar.
Apa yang menariknya, sebenarnya keadaan petai itu boleh menjadi segar semula dengan petua yang dikongsikan ini.
Hanya menggunakan kaedah yang mudah, boleh menjadikan petai segar, saiz membesar sekali gus baunya juga berkurangan.
Baca juga Abaikan soal bau! Petai mampu mencegah masalah kemurungan.
PETUA;
1. Kupas kulitnya, keluarkan kesemua isinya. Masukkan dalam bekas berpenutup.
2. Masukkan air biasa sehingga ke paras penutup dan tutup dengan rapat.
3. Masukkan ke dalam peti ais di tempat yang biasa. Paling kurang dalam lima jam.
4. Petai tadi dah mulai kembang dan jadi besar dua kali ganda dari awal tadi. Tujuan dimasukkan kedalam peti ais tu ialah untuk memelihara kesegarannya.
Anda pasti terkejut sebab bukan sahaja petai tu besar malah ia akan menjadi semakin banyak dan akan memenuhi bekas tadi.
TIP;
1. Kalau nak lagi cantik menarik mata petai jangan terbelah dua, kopek sebiji- sebiji dan turis sedikit saja kulitnya supaya air dapat meresap masuk kedalam mata petai tersebut.
2. Teknik rendaman ini juga akan membuatkan petai tidak lagi berbau ‘kuat’ sebab baunya keluar bersama air tadi. Tapi tetap bau dan rasa petai.
3. Jadi jangan rendam melebihi 10 hari sebab nanti petai tawar dah tiada rasa petai lagi’ sebab bau petai dah luntur bersama air rendaman itu.
4. Kualitinya tetap cantik dan sedap. Anda boleh simpan berhari-hari malah berminggu di dalam bekas yang ada air ini cuma anda perlu menukarkan air yang baru samada setiap hari atau berselang hari.
Jadi teknik ini membolehkan anda membeli petai-petai yang sudah kecut atau yang murah-murah dari harga yang segar bugar sebab nanti bila dah direndam dalam air petai anda akan jadi bersinar dan segar semula. Jimat kan?
Sementara itu, ini tujuh khasiat petai untuk kesihatan;
1. MELANCARKAN PENGHADAMAN
Petai adalah sumber serat yang baik terutamanya jika dimakan sebagai ulam-ulaman.
Serat yang yang tinggi di dalam petai dapat membantu proses penghadaman dan mencegah sembelit.
2. MEMBANTU DIET
Serat juga menambahkan rasa kenyang, mengurangkan kolesterol LDL (buruk), dan memperlahankan pelepasan gula daripada makanan ke dalam darah.
Apa yang lebih penting, serat larut dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung, Diabetes Type 2, dan obesiti.
3. TINGGI KALIUM
Setengah cawan petai sarat dengan 224mg kalium (potassium).
Komponen ini memainkan peranan mengawal keseimbangan air badan untuk dan fungsi jantung.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) potassium amat penting bagi kesihatan jantung.
Baca juga Jika tak mahu mulut berbau petai, boleh cuba kunyah terung
4. MENCEGAH KEMURUNGAN
Petai mengeluarkan sejenis protein yang diolah oleh tubuh kita menjadi serotonin.
Serotonin inilah yang membuat kita merasa lebih tenang dan mengelakkan perasaan kemurungan.
5. TINGGI KANDUNGAN VITAMIN C
Jangan ingat vitamin C hanya ada dalam buah oren tau.
Tahukah anda, terdapat 20mg vitamin C dalam setengah cawan petai cukup untuk memenuhi kira-kira separuh daripada keperluan vitamin harian kita.
Seperti yang kita sedia maklum, vitamin C ini penting bagi pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian tubuh kita.
6. MEMBANTU BERHENTI MEROKOK
Jika ada yang sedang bertarung untuk berhenti dari tabiat merokok dan mahukan alternatif yang lebih murah dan semula jadi untuk mengganti tampalan nikotin (nicotine patch), petai mungkin dapat membantu.
Petai mengandungi Vitamin B6 dan B12, bersama dengan potassium dan magnesium yang ada di dalamnya, dapat membantu tubuh untuk melawan ketagihan nikotin.
7. AWET MUDA
Menurut maklumat dari The Asian Parent, Penolong Pegawai Pertanian Kanan Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap berkata bahawa kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh dan memperbaiki sistem penghadaman.
Wah, tak sangka ya hanya dengan makan petai pun dapat bantu kita jadi awet muda!
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat!
Sumber: Ida Shahida
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang