PUCUK ubi memang sedap. Sayur kampung ini sangat versatil kerana boleh dipelbagaikan cara masakan.

Pucuk ubi masak lemak, sambal daun kayu, goreng cili api, rendang atau dijadikan urap. Semuanya lazat dan menggugat selera.

Namun hanya satu yang membuatkan ramai berfikir dua kali sebelum memakannya.

Pucuk ini dikatakan menyebabkan pemakannya mudah sebu dan berangin perut. Malah ada yang mengadu sakit kepala.

Masalah ini boleh dielakkan dengan merebus terlebih dahulu. Menurut petua yang dikongsi pengguna Facebook Mama Sal ini, satu bahan perlu dimasukkan semasa proses tersebut.

Baca juga: Pening, muntah selepas makan ubi kayu? Itu bukan tanda alahan atau masuk angin tetapi

(Kredit foto: Facebook Ipah Iput)

Itu bukan tanda alahan atau masuk angin tetapi…

“Ada orang alah sangat makan pucuk ubi ni. Bila makan jer mesti sakit kepala atau mudah diserang angin, sampai sebu.

“Ini petua daripada emak saya sendiri yang tidak boleh makan sembarangan kerana mudah diserang angin.

“Petua ni emak dapat dari orang tua tua. Hanya selepas buat petua ini, emak boleh menikmati keenakan ulam pucuk ubi yang direbus,” kongsinya.

Baca juga: Tak perlu lauk lain, rendang pucuk ubi nogori ni sedap amat

PETUA ELAK PUCUK UBI JADI PUNCA ANGIN DAN SAKIT KEPALA

1. Masukkan sedikit beras ke dalam air rebusan semasa proses merebus pucuk ubi.

2. Rebus ia sampai empuk dan lembut.

Menurut Mama Sal, tip yang sama boleh digunakan untuk apa jua makanan yang berangin. Contohnya nangka.

“Jadi, sesiapa hadapi masalah sakit kepala atau angin makan pucuk ubi boleh cuba petua ini. Tidak timbul lagi masalah untuk menikmati sayur kampung,” kongsi Mama SaL.

Sedap sekali pucuk ubi, namun tahukah anda ia mengandungi goitrogen yang boleh menyebabkan penyerapan iodin oleh kelenjar tiroid terbantut.

Selain pucuk ubi, ubi kayu, kobis, bunga kobis dan rebung juga mengandungi bahan yang sama.

Iklan

Public Health Malaysia menasihatkan orang ramai untuk memastikan sajian di atas bebas goitrogen dengan cara membasuh, memotong dengan halus dan membiarkan ia terdedah kepada udara selama satu jam sebelum dimakan.

Memakan terlalu banyak makanan yang mengandungi goitrogen akan mengakibatkan individu mengalami kekurangan iodin.

Jika berlaku dalam jangma masa panjang, ia akan menyebabkan kekurangan iodin teruk, kelenjar tirod membesar dan membengkak.

Individu akan alami gejala hipotiroid seperti berikut :

  • Lesu dan lemah
  • Berat badan bertambah
  • Gugur rambut
  • Kulit kering
  • Rasa sejuk
  • Lemah daya ingatan

Baca juga: 15 jenis ulam rahsia bantu wajah awet muda

Iklan

Sumber: Mamaa Sal, Public Health Malaysia

Kredit foto utama: Ipah Iput, Dhia Batrisha

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang